On the go and need some assistance? Call our Helpline:
EXPLORE THE CITY
Pengembaraan ke LRT Gombak dalam Misi Mencari Makanan yang Pasti Membuatkan Anda Kelaparan (Yang Pasti, Bukan Pengembaraan ke Masa Hadapan)
Thursday 17 January 2019
Kuala Lumpur
Siapa suka makanan WESTERN? Angkat tangan!
KUALA LUMPUR, Jan 17 — Jika semalam kami telah menyenaraikan 3 jenis makanan daripada trak makanan yang berbeza, hari ini misi yang sama harus diselesaikan buat tatapan mata anda. Jika anda rasa tergoda dan meronta-ronta di hadapan laptop mahupun handphone, itu tandanya anda juga harus bersama-sama kami dalam misi pencarian yang penuh bermakna ini. 
Bagaimana? Dengan hanya meluangkan waktu untuk ke LRT Gombak dan merasai sendiri segala macam hidangan yang pasti membuatkan anda pening kepala untuk membuat pilihan.!

Okay, rasanya semua orang tahu masa itu emas. Jom la kita start!

  • Read More
    1) Cendol Langat

    Bahang tengahari yang terik pasti akan membuatkan anda tidak keruan. Cendol Durian D24 adalah jalan penyelesaian terbaik untuk anda. Merupakan satu ciptaan yang sangat sempurna, Cendol Durian D24 adalah satu nikmat hidup yang sukar digambarkan!

    Dengan biji durian yang telah diasingkan, isinya yang dicampurkan bersama cendol, gula melaka dan santan yang likat sememangnya mampu menyejukkan hari anda. Nikmatilah hidangan yang mengiurkan ini dengan senyuman yang lebar. Harga untuk semangkuk cendol durian D24 adalah RM9 untuk mangkuk kecil dan RM 15 untuk mangkuk yang lebih besar.

    Kami yakin,mangkuk kecil tidak cukup untuk perut anda. Jika cendol durian terlalu ekstrem untuk anda, trak makanan Cendol Langat yang bertempat di LRT Gombak ini juga ada menjual cendol biasa dengan hanya RM4!
    Perghhh Cendol dia!
    2) Dapur Terbang Western

    Secocok dengan nama Dapur Terbang Western, anda pasti akan terbang melayang disebabkan keenakan luar biasa makanan yang dijual di sini. Fokus penjualan trak ini sudah semestinya makanan barat.

    Kami ingin menarik perhatian anda dengan satu hidangan yang bakal membuatkan perut anda berkeroncong hebat! Beef Burger yang dijual dengan harga serendah RM10 ini tidak menggunakan patty segera yang terdapat di pasaran.

    Merupakan patty buatan sendiri, pastinya beef burger yang juicy ini merupakan salah satu keistimewaan trak makanan mereka. Bukan itu saja, beef burger ini datang bersama set kentang dan coleslaw. Betul-betul mengenyangkan, bukan?

    Jika anda bukan penggemar beef burger, jangan risau, Chicken Chop pun ada! Anda cuma perlu menunjukkan tanda sokongan yang padu kepada Dapur Terbang Western dengan menghadirkan diri ke LRT Gombak dan membeli hidangan mereka. Hehe.

    Beef burger yang juicy!

    3) Uncle Bob Fried Chicken

    Sesungguhnya hidangan ini tidak memerlukan pengenalan yang panjang kerana kami 100% yakin, Uncle Bob merupakan kesayangan semua rakyat Malaysia.

    Kerangupan dan keenakan ayam goreng bersaiz besar ini memang tiada tandingan. Minta saja EXTRA serbuk cili untuk rasa yang lebih pedas.

    Dengan harga RM9, anda pasti akan tersandar kekenyangan!

    Ayam goreng Uncle BoB
Other Articles You Might Like
Food
24
 / 
Jul
 / 
2017
Food vendors galore outside the Bandar Tasik Selatan station
Food
16
 / 
Oct
 / 
2017
MRT TTDI, it is the Family Mart soft serves that was at an advantage.
Food
23
 / 
Oct
 / 
2017
Kajang is synonymous with satay.
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup