On the go and need some assistance? Call our Helpline:
NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
The Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) and the applicable regulations, guidelines, orders made under the PDPA and any statutory amendments or re-enactments made of the PDPA from time to time (collectively the “Act”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to Prasarana Malaysia Berhad, and its affiliates (including but not limited to its subsidiaries, associated and affiliated companies, and related corporations) (“our”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan peraturan-peraturan, panduan-panduan, perintah-perintah terpakai yang dibuat di bawah APDP dan apa-apa pindaan berkanun atau enakmen semula yang dibuat mengenai APDP dari semasa ke semasa (secara kolektif “Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada Prasarana Malaysia Berhad dan sekutunya (termasuk tetapi tidak terhad kepada anak syarikatnya, syarikat-syarikat berkaitan dan bersekutunya dan perbadanan berkaitannya) (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.
Consent/ Persetujuan
1. This Notice serves to inform you whether you are our customers, vendors, suppliers, distributors or service providers that your personal data is being processed by us or on our behalf and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda sama ada anda adalah pelanggan, penjual, pembekal, pengedar atau pembekal perkhidmatan kami bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.
Description of personal data/ Perihalan data peribadi
2. We may collect a variety of your personal data including but not limited to your name, date of birth, age, company name, designation, Malaysian Identification Card number, passport number or such other personal identification number, nationality, religion, e-mail address, address, contact number, photograph, CCTV images, bus or train boarding time/alighting time, other personal data you submitted to us from time to time and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion.

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, umur, nama syarikat, jawatan, nombor Kad Pengenalan Malaysia, nombor pasport atau nombor pengenalan peribadi lain, kewarganegaraan, agama, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, gambar, imej CCTV, masa menaiki/menuruni bas atau tren, data peribadi lain yang anda hantar kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.
Purpose / Maksud
3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for:
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

(a) performing our contractual obligation with you and for the continuation of such contractual obligations;
melaksanakan obligasi kontrak dengan anda dan untuk kesinambungan obligasi kontrak tersebut;
(b) administer and give effect to your commercial transaction with us;
mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial anda dengan kami
(c) administering and processing any payments related to products, services and/or facilities requested by you;
mentadbir and memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda;
(d) providing our products and/or services to you (or your company, if applicable);
memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda (atau syarikat anda, jika berkenaan);
(e) communicating with you;
berhubung dengan anda;
(f) responding to your inquiries or complaints and resolving disputes;
menjawab pertanyaan atau aduan anda dan menyelesaikan pertikaian;
(g) inviting you to participate in our events, education programmes and activities;
menjemput anda untuk menyertai acara-acara, program-program pendidikan dan aktiviti-aktiviti kami;
(h) conducting activities such as evaluating the effectiveness of marketing, market surveys/research, trend analysis, statistic compilation, reporting, audit, compliance, risk management, and data analytics to improve our services, marketing or advertising content;
menjalankan kegiatan seperti menilai keberkesanan pemasaran, tinjauan/penyelidikan pasaran, analisis kecenderungan, penyusunan statistik, pelaporan, audit, pematuhan, pengurusan risiko, dan analisis data untuk menambahbaik perkhidmatan, kandungan permasaran atau pengiklanan kami;
(i) providing you (or your company, if applicable) with information and/or updates on our products and/or services, promotional offers and of our related corporations and business partners;
memberikan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) maklumat dan/atau kemas kini tentang produk dan/atau perkhidmatan kami, tawaran promosi dan perbadanan-perbadanan berkaitan dan rakan perniagaan kami;
(j) identifying you (including publishing your name and photograph) should you become a winner in a contest and/or participate in any events/activities organised by us;
mengenal pasti identiti anda (termasuk penerbitan nama dan gambar anda) jika anda menjadi pemenang dan/atau menyertai apa-apa acara/aktiviti yang dianjurkan oleh kami;
(k) processing your invoices in relation to the sale/supply/distribution of your products and/or services;
memproses invois anda yang berkenaan dengan jualan/bekalan/edaran produk dan/atau perkhidmatan anda;
(l) sending e-newsletters or promotional marketing materials to you;
menghantar surat berita elektronik atau bahan pemasaran promosi kepada anda;
(m) investigation and crime prevention purposes;
maksud-maksud penyiasatan dan pencegahan jenayah;
(n) conducting other legitimate business activities;
menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan sah lain;
(o) complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from government ministries/departments/bodies/agencies/regulatory bodies; and
memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia dan/atau permintaan daripada kementerian-kementerian kerajaan/jabatan/badan-badan/agensi-agensi/badan-badan kawal selia;
(p) conducting credit reference checks and establishing your credit worthiness, where necessary;
menjalankan semakan rujukan kredit dan mewujudkan kelayakan kredit anda, di mana perlu;
(q) sending you seasonal/birthday greetings messages and gifts from time to time;
menghantar mesej salam bermusim/ulang tahun dan hadiah kepada dari semasa ke semasa;
(r) purposes of obtaining legal and/or financial advice, enforcing our rights and/or for purposes of commencing legal action pursuant to any agreement or document which you have duly entered with us;
maksud-maksud mendapatkan nasihat undang-undang dan/atau kewangan, menguatkuasakan hak-hak kami dan/atau untuk maksud-maksud memulakan tindakan undang-undang menurut sebarang perjanjian atau dokumen di mana anda telah masuk dengan kami;
(s) preparation of legal documents or contract to be entered by you;
penyediaan dokumen undang-undang atau kontrak yang akan dimasukkan oleh anda;
(t) developing products and/or services or launch marketing campaigns jointly with third parties;
membangunkan produk dan/atau perkhidmatan atau melancarkan kempen-kempen pemasaran bersama-sama dengan pihak ketiga;
(u) applying and obtaining insurance policy(ies), if necessary;
memohon dan memperoleh polisi insurans, jika perlu;
(v) applying and obtaining credit facility(ies), if necessary;
memohon dan memperoleh kemudahan kredit, jika perlu;
(w) transferring or assigning our rights, interests and obligations under any of your agreements with us;
memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah apa-apa perjanjian anda dengan kami;
(x) purposes related to our company functions and/or events;
maksud-maksud berkaitan dengan fungsi-fungsi dan/atau acara-acara syarikat kami;
(y) creating and maintaining a common database where we have a legitimate common interest;
mewujudkan dan mengekalkan suatu pangkalan data yang dikongsi di mana kami mempunyai kepentingan sah yang sama;
(z) data storage purposes; and
maksud-maksud penyimpanan data;
(aa) such other purposes directly related to the foregoing.
maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas.
(collectively, the “Purposes”).
(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).


Source of personal data/ sumber data peribadi
4. Your personal data is being or is to be collected (i) from your Malaysian Identification card, student card and/or Kad OKU when you purchase our products and/or services, (ii) when you fill in any forms to register to use our products and/or services, (iii) when you fill in any forms to participate in any contests or training program organized by us, (iv) when you log in to or use our products and/or services; (v) when you contact our customer service centre; (vi) from you directly when you submit your personal data to us for any of the Purposes, (vii) CCTV recordings, (viii) from all other communication between you and us on any subsequent occasion; (ix) any other forms, cards and documents through which we collect information from you; (x) events, (xi) any third parties (including credit reference bodies, regulatory and law enforcement authorities) and (xii) from all other information that you may provide us from time to time.


Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan (i) daripada kad pengenalan Malaysia, kad pelajar dan/atau Kad OKU anda apabila anda membeli produk dan/atau perkhidmatan kami, (ii) apabila anda mengisi apa-apa borang untuk mendaftar untuk menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami, (iii) apabila anda mengisi apa-apa borang untuk mengambil bahagian di dalam apa-apa pertandingan atau program latihan yang dianjurkan oleh kami, (iv) apabila anda log masuk ke dalam atau menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami; (v) apabila anda menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami; (vi) dari anda secara langsung apabila anda menghantar data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana Maksud; (vii) rakaman CCTV, (viii) dari semua komunikasi lain antara anda dan kami pada bila-bila masa kemudiannya; (ix) apa-apa borang lain, kad-kad dan dokumen-dokumen di mana kami mengumpul maklumat dari anda; (x) acara-acara; (xi) mana-mana pihak ketiga (termasuk perbadanan rujukan kredit, pihak berkuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang dan (xii) dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi
5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing) from:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:


Designation/ Perjawatan: PDPA Officer
Telephone No./ No. Telefon: +603-22991999
Fax No./ No. Fax: +603-22991919
E-mail address/ Alamat E-mel: pdpa@prasarana.com.my


6. Subject to provisions of the Act:
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:
(a) you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request in writing to us in relation to your personal data. If a copy of the personal data which we supplied to you in compliance with a data access request is inaccurate, incomplete, misleading or not up-to-date, you may make a data correction request in writing to us that we make the necessary correction to the personal data; and


Anda boleh, dengan membayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data berkaitan diri anda secara bertulis kepada kami. Jika suatu salinan data peribadi telah diberikan oleh kami dengan mematuhi permintaan mengakses data dan anda menganggap bahawa data peribadi itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat suatu permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami supaya kami membuat pembetulan yang perlu kepada data peribadi itu; dan

(b) we may refuse to comply with a data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.

Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

Withdrawal of Consent/ Penarikan Balik Persetujuan
7. You have the right to withdraw your consent previously given to us (in full or in part) subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and a reasonable duration of time for the withdrawal of consent to be effected by providing us a notice in writing.

Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik persetujuan tersebut dilaksanakan dengan memberikan kami suatu notis bertulis.


Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi
8. We disclose or may disclose your personal data to our subsidiaries, related corporations, affiliates, business partners, service providers (including without limitation our vendors, suppliers, agents and contractors), our financial and professional advisors, insurance companies, banks and/or financial institutions (including payment channels), Royal Malaysian Police, governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies, your immediate family members and/or emergency contact person as may be notified to us from time to time, any party in relation to legal proceedings or prospective legal proceedings, any party nominated or appointed by us either solely or jointly with other service providers, data centres and/or servers, storage facility and records management service providers located within or outside Malaysia and any such third party requested or authorized by you for any of the Purposes.

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada anak syarikat kami, perbadanan berkaitan kami, syarikat bersekutu kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami (termasuk tanpa had penjual, pembekal, ejen dan kontraktor kami), penasihat kewangan atau profesional kami, syarikat insurans, bank dan/atau institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun, ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan seperti yang dimaklumkan kepada kami dari semasa ke semasa, mana-mana pihak berhubung dengan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang prospektif, mana-mana pihak yang dicalonkan atau dilantik oleh kami sama ada semata-mata atau bersama-sama dengan pembekal perkhidmatan lain, pusat data dan/atau pelayan-pelayan, kemudahan penyimpanan dan pembekal-pembekal perkhidmatan pengurusan rekod yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.


Third party personal data/ data peribadi pihak ketiga
9. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribanya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.


Personal data of minors/ data peribadi kanak-kanak bawah umur
10. In respect of minors (i.e. individuals under 18 years of age) or individuals not legally competent to give consent, you confirm that you are the parent or guardian or person who has parental responsibility over them or the person appointed by court to manage their affairs or that they have appointed you to act for them, to consent on their behalf to the processing (including disclosure and transfer) of their personal data in accordance with this Notice.

Berkenaan dengan kanak-kanak di bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang secara sah tidak kompeten untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa mereka atau penjaga atau seorang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka atau seseorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau mereka telah melantik anda untuk mewakili mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka bagi pemprosesan (termasuk penzahiran dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Notis ini.


Obligatory personal data/ Data peribadi wajib
11. It is obligatory that you supply us the details marked with asterisk (*) in our registration form (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes and/or result in us being unable to provide you with the services and/or products requested.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.


Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
12. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.


Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi
13. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.


Amendments/ Pindaan
14. We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via announcements on our website or other appropriate means. Please check our website from time to time for amendments to this Notice. Any such amendments will be effective upon notification to you. By continuing to use our services and/or accessing our website, or providing us with your services, after being notified of any amendments to this Notice, you will be considered as having agreed to such amendments.

Kami mungkin mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui pengumuman di laman web kami atau cara-cara lain yang munasabah..Sila semak laman web kami dari masa ke semasa untuk pemindaan kepada Notis ini. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkesan pada masa pemberitahuan kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan kami dan laman web ini, atau membekal kami dengan perkhidmatan anda, dan selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai bersetuju dengan pindaan tersebut.


Conflict/ Konflik 
15. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.


Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup