On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
WIRA MRT BANGKOK DIJULANG STAF TERHEBAT PRASARANA
Wednesday 20 December 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 20 Disember – Pemandu tren Saravan Subramaniam, yang dijulang sebagai wira kerana tindakan pantasnya membantu menggelakkan kegelinciran tren semasa dipinjamkan ke MRT Purple Line Bangkok, Thailand tahun lepas, telah dijulang sebagai staf terhebat Kumpulan Prasarana untuk tahun 2017.
1

Saravanan, yang juga penerima Anugerah Khas Staf Rail daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Majlis Anugerah Industri yang diadakan bulan Oktober, mengatasi empat pencalonan lain dalam senarai akhir dalam kategori Pujian Awam atau Public Commendation untuk Anugerah PEARL atau ‘Prasarana Employee Appreciation and Recognition for Life’ pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15 Disember lepas.

Salah satu daripada pencalonan dalam senarai-pendek itu adalah gandingan ‘cyber troopers’ dalaman Prasarana - Sharifah Khairin Syed Mohd Ali dan Nik Nur Amelia Farhana Nik Ibrahim, yang memenangi Anugerah Terbaik Media Sosial untuk Kategori Lojistik dan Pengangkutan pada Minggu Media Sosial Malaysia di Kuala Lumpur bulan lepas.

Untuk kategori Pematuhan Nilai-Nilai Murni Prasarana, jemaah hakim memilih satu pasukan lapan anggota yang bertanggungjawab menghasilkan program khas ‘Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) Hiring & Webinar Cloud Hosting’ untuk urusan pengambilan dan pengurusan staf melalui atas talian.

Lapan anggota berkenaan adalah Encik Nurul Haszeli Ahmad, Mohd Nizar Abd Azik, Hazrul Nizzam Sidek, Mohd Abdul Hanan, Suhaimi Maidin, Anuar Mustafa, Muhammad Nor Hafiz Yaacob, Shek Mohd Fahmi dan Allahyarham Amiza Abdul Aziz, yang meninggal dunia ketika bertugas di Tanah Suci Mekah menjelang bermulanya operasi MMMSL pada musim haji tahun ini.

Mengulas kejayaan dipilih sebagai pemenang utama pengiktirafan PEARL, Saravanan berkata beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai penerima terulung untuk anugerah berkenaan, yang diberikan secara peringkat dan secara keseluruhan melibatkan lebih 500 penerima daripada lebih 10,000 wargakerja Prasarana dan anak-anak syarikatnya.

“Saya sebenarnya amat terkejut. Kerana, pada saya, staf-staf lain pun amat hebat. Apapun, saya amaat gembira. Saya juga amat berterima kasih kepada Prasarana kerana menghargai khidmat saya; dan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat di Thailand,” kata Saravanan, yang berharap akan terpilih untuk program-program kerja luar negara lain.

Mengimbau kembali insiden yang berlalu pada bulan Mac 2016 itu, Saravan berkata dia sedang memandu tren MRT Bangkok Purple Line, yang ketika itu dalam tempoh Pengujian dan Penglulusan atau ‘Testing & Commissioning’ sebelum digunakan untuk perkhidmatan.

Ketika memandu di pagi itu, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pergerakan tren lalu serta merta memberhentikan tren untuk pemeriksaan lanjut. Atas kepantasan reaksi itu, beliau telah menyelamatkan tren tersebut daripada tergelincir dari landasan kerana tren itu sememangnya mempunyai masalah teknikal.

Kerana jasanya itu, Saravanan telah menerima surat pujian, yang ditinta dengan tulisan emas di atas dulang seramik daripada Encik Naoto Miyashita, Presiden Japan Transport Engineering Company (JTREC) – pengeluar tren berkenaan.

Kejayaan menggelakkan insiden kegelinciran tren itu, Kapten tren itu juga mendapat surat kepujian daripada Pengarah Projek MRT Bangkok Purple Line, Encik Hiroyuki Takita, yang juga Pengarah Urusan Kanan JTREC.

Bercakap bagi pihak arwah ayahnya, Puan Ami Soerrayah menyatakan rasa terima kasih kepada Prasarana kerana menghargai bakti Allahyarham Aminza.

“Syukur Alhamdulillah. Saya amat berterima kasih kerana Syarikat memberi pengiktirafan atas jasa terakhir yang dicurahkan Arwah Ayah dan pasukan Ayah. Memang Ayah bertungkus lumus untuk tugasan itu; dari sebelum berangkat ke Tanah Suci hinggalah ke akhir hayatnya.

“Matlamat Ayah hanyalah untuk memudahkan proses pengambilan dan latihan di MMMSL ini; daripada tahun lepas ketika Ayah berkhidmat di sana buat kali pertama. Dia pernah cerita tentang pelbagai cabaran tentang program pengambilan dan latihan pada tahun lepas dan perlunya pembaikian dalam sistem berkenaan.

“Ayah mahukan ‘improvement’ dari tahun pertama bersama MMMSL. Tapi itulah, Arwah tak sempat nak rasa bangga dengan kejayaan dia dan apa yang telah dia curahkan kepada syarikat.

“Terima kasih kepada pasukan Ayah kerana bersama-sama memudahkan idea Ayah untuk MMMSL tahun ni. Itu sahaja jasa terakhir yang sempat arwah Ayah sediakan untuk Syarikat … semoga manfaatnya berterusan untuk kemudahan bersama,” kata Ami Soerrayah Aminza, yang bertugas dengan Rapid KL LRT Laluan Ampang sebagai penganalisa operasi.

Pada majlis Malam Penghargaan Prasarana yang diadakan buat julung kali itu, Prasarana turut memberi penghargaan kepada para pesara dan para pemenang pelbagai pertandingan inovasi ‘Innovative & Creative Circle’, yang diadakan di dalam dan luar negara.

3
Saravanan menerima plaq penghargaan daripada Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana.
Dato’ Sri Azmi bersama Saravanan dan anggota pasukan menghasilkan program khas ‘Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) Hiring & Webinar Cloud Hosting’.
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup