MEDIA RELEASES
TREN GENERASI BAHARU LRT LALUAN KELANA JAYA MULA BEROPERASI HARI INI
Thursday, 29 December 2016
KUALA LUMPUR
Canggih dan elegan itulah yang dapat diungkapkan mengenai tren generasi baharu Rapid KL Laluan Kelana Jaya yang memiliki reka bentuk baru serta struktur sisi melengkung dan bercirikan estetik moden. Reka bentuk dalaman juga diperbaharui dengan suasana yang lebih menarik dan moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata, sebanyak 14 unit tren KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) model Bombardier Innovia Metro 300 akan mampu meningkatkan kapasiti penumpang LRT Laluan Kelana Jaya sebanyak 30 peratus. Kos yang dilaburkan untuk pembelian tren baharu ini berjumlah kira-kira RM 577.5 juta. 

Tren empat-gerabak tanpa pemandu ini direka oleh Bombardier Transport dengan dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti peta laluan dinamik yang menunjukkan arah perjalanan, serta stesen sebelum dan selepas. Setiap gerabak dilengkapi dengan 4 unit kamera litar tertutup dan ruang tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya (OKU).
 
Tren generasi baharu ini menggunakan kepakaran kejuruteraan minyak pelincir yang bertindak mengurangkan bunyi bising diantara tren dan permukaan roda. Penggunaan LED pada lampu hadapan dan dalaman tren mampu menjimatkan tenaga elektrik serta berkonsepkan mesra alam sekitar.

“Kami yakin dengan beroperasinya tren baharu ini, pengguna setia Rapid KL akan menikmati pengalaman yang lebih bermakna serta keselesaan yang dipertingkatkan sejajar dengan misi kami menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia,” menurut Zohari.
Pada masa ini, LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kombinasi tren 4 gerabak dan 2 gerabak dengan purata 48 unit tren setiap hari pada waktu puncak. Tren baharu 4 gerabak ini akan menggantikan tren 2 gerabak sedia ada dimana kapasiti tren 2 gerabak hanya boleh membawa seramai 472 penumpang.

“Set tren baharu ini akan mula digunakan secara berperingkat mengikut jadual penghantaran oleh pembekal kepada kami yang dijangka diterima sepenuhnya pada pertengahan 2017,” tambah Zohari lagi.

Fakta Ringkas Tren Generasi Baharu Rapid KL Laluan Kelana Jaya
• Jumlah: 14 unit

• Kos: RM577.5 juta

• Bilangan Gerabak: 4 Gerabak

• Kapasiti: 800 penumpang

Ciri-ciri
1. Sistem tren tanpa pemandu.

2. Reka bentuk moden lebih senyap.

3. Peta laluan dinamik.

4. Skrin paparan maklumat pengguna (infotainment).

5. Ruang khas untuk penumpang OKU disetiap gerabak.

6. 4 unit kamera litar tertutup disetiap gerabak.

7. Tingkap pengudaraan kecemasan.

8. Penggunaan lampu LED yang mesra alam dan cekap tenaga.


Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup