On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
TAN SRI DATIN PADUKA ZAHARAH DILANTIK PENGERUSI BAHARU KUMPULAN PRASARANA
KUALA LUMPUR, 11 November – Mantan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datin Paduka Zaharah binti Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana, berkuat kuasa hari ini.
1

Beliau mengisi kekosongan setelah Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan pada 17 Ogos tahun lepas. Prasarana Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertanggungjawab sebagai pemilik dan pengurus aset pengangkutan awam meliputi bas, perkhidmatan LRT/Monorel/MRT dan juga perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952, Tan Sri Datin Paduka Zaharah berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan mula berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perundangan pada 26 April 1977. Setelah bersara dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004 dan ditempatkan di Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seterusnya di Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Shah Alam (1 Oktober 2004 - 27 Julai 2006).

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006 dan ditempatkan di Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan seterusnya di Bahagian Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1 Januari 2009 - 13 April 2010). Selanjutnya, Tan Sri Datin Paduka Zaharah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 14 April 2010 dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia berkuatkuasa pada 16 Februari 2015. Beliau dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 17 Julai 2018.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup