On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Tambang BRT Turun 20 Peratus Mulai 1 Disember untuk Pengguna Token dan Mod Tanpa Tunai
Tuesday 13 November 2018
Kuala Lumpur
PETALING JAYA, 13 November – Kadar tambang untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT), yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd, akan diturunkan sebanyak 20 peratus mulai 1 Disember berdasarkan kepada kadar sekarang bagi para pengguna tanpa tunai dan yang menggunakan token perjalanan.
1

Penurunan kadar tambang ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, yang mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Dato’ Mohamed Hazlan Mohamed Hussain dan lain-lain pegawai tinggi Prasarana dan Rapid Bus ketika membuat tinjauan ke Depoh BRT dan operasinya di Bandar Sunway dekat sini hari ini.

“Selepas perbincangan dengan Prasarana dan Rapid Bus, Kementerian bersetuju untuk meluluskan penurunan kadar tambang sebanyak 20 peratus berdasarkan kepada kadar tambang sekarang; berkuatkuasa 1 Disember ini. Inisiatif pengurangan tambang ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT di samping menjadi galakan kepada para pengguna setia BRT.

Bercakap dalam satu sidang media selepas lawatan berkenaan, beliau berkata diskaun 20 peratus ini diberikan untuk penumpang yang membayar tunai menggunakan token perjalanan dan bayaran tanpa tunai kerana purata pengguna kedua-dua mod pembayaran ini adalah tinggi; sebanyak 75 peratus berdasarkan kepada statistik pada bulan Oktober 2018.

Para penumpang yang menggunakan mod tunai kini membayar antara RM1.60 dan RM5.40 berdasarkan jarak perjalanan. Dengan inisiatif terbaru ini, kadar tambang turun kepada RM4.30 untuk perjalanan paling jauh. Mereka yang menggunakan kad tanpa tunai ketika ini menikmati penjimatan sehingga 17 peratus berdasarkan perjalanan mereka.

Pada lawatan yang berlangsung lebih satu jam itu, YB Loke diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Encik Mohd Azharuddin Mat Sah; dan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, yang merupakan Pengasas dan Pengerusi, Sunway Group.

Turut hadir pada lawatan itu adalah dua Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Encik Ang Yoke Kee (Strategi & Transformasi) dan Encik Muhammad Nizam Alias (Operasi); Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus Sdn Bhd, Tuan Haji Muhammad Yazurin Sallij dan Ketua Pegawai Operasi perkhidmatan bas Rapid KL, Haji Shamsul Rizal Mohd Yusof. 

“Tujuan lawatan saya adalah untuk meninjau operasi BRT Laluan Sunway dan mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh operasi BRT dalam aspirasi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia,” katanya, sambil menambah bahawa ia juga adalah susulan kepada beberapa maklumbalas daripada pengguna yang mahukan kadar tambang BRT direndahkan.

Mula beroperasi pada 2 Jun 2015, perkhidmatan BRT – Laluan Sunway adalah perkhidmatan bas paling moden di Malaysia dan merupakan perkhidmatan BRT yang pertama diperkenalkan di negara ini. Menggunakan sepenuhnya teknologi hijau dengan lapan buah bas elektrik, ia juga adalah perkhidmatan henti-henti yang menggunakan bas elektrik pertama di Malaysia di samping menjadi pengendali bas pertama menggunakan laluan bertingkat sepenuhnya.

Dilengkapkan dengan fasiliti WiFi dan GPS, sistem pengesan perjalanan bas (Fleet Tracking System) dan pengumuman awam untuk keselesaan penumpang, ia mempunyai sistem kamera litar tertutup untuk keselamatan penumpang, yang diawasi sepanjang masa oleh Pusat Operasi Bas, yang terletak di Kompleks Depoh BRT di Bandar Sunday. Secara purata, ia mencatat bilangan penumpang melebihi 11,000 sehari pada hari bekerja dan lebih 250,000 penumpang sebulan.

“Salah satu sebab lawatan saya hari ini adalah untuk mendapat maklumat penuh terhadap maklumbalas penumpang yang menyatakan harga tiket bagi perkhidmatan BRT adalah tinggi. Namun, daripada penerangan yang diberikan oleh pihak Prasarana dan Rapid Bus, kadar tambang ini adalah berdasarkan kepada kos operasi mengendalikan perkhidmatan ini khususnya dalam pematuhan kepada elemen-elemen teknologi hijau; dan setaraf dengan negara-negara maju,” kata YB Loke.

Sistem BRT itu turut berintegrasi dengan sistem urban rel LRT Kelana Jaya; sekali gus memberikan kemudahan mobiliti dan keselesaan ketersambungan (connectivity).

Menurut Loke, Prasarana mensasarkan kenaikan penumpang sebanyak 22 peratus dengan pelaksanaan tambang baru ini.

“Bagi menangani kenaikan dalam jumlah penumpang ini, Prasarana akan meningkatkan kapasiti penumpang sebanyak 30 peratus yang akan menambahbaik frekuensi atau “headway” ketika waktu puncak kepada 4 hingga 5 minit, manakala untuk waktu luar puncak, frekuensi adalah antara 6 dan7 minit,” tambah beliau.

YB Loke juga berkata bahawa Kementerian menjangkakan trend jumlah penumpang ini akan terus meningkat dengan bermulanya program kad perjalanan tanpa had di mana dengan kad MY100, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan semua perkhidmatan bas, BRT, rel urban kendalian Prasarana yang lain – MRT, LRT dan monorel tanpa had jumlah perjalanan dengan hanya RM100 untuk 30 hari.  

“Kad MY100 ini sah digunakan untuk semua perkhidmatan pengangkutan yang dikendalikan oleh Prasarana. Kalau untuk bas sahaja, Prasarana akan memperkenalkan kad MY50, yang memberikan perjalanan tanpa had dalam semua bas Rapid KL kecuali BRT dengan hanya RM50 untuk 30 hari,” tambah beliau.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup