On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
SUSPEK CURI KABEL CEROBOH LANDASAN PUNCA MRT TERGENDALA
Thursday, 25 April 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 25 April 2019 – Rapid Rail Sdn Bhd pengendali kepada perkhidmatan MRT Laluan Sg Buloh - Kajang memohon maaf kepada pengguna yang terjejas pada petang semalam.
1

ercakap kepada media dalam sesi taklimat di Depoh MRT Sg Buloh, Ketua Pegawai Operasi MRT, En Azmi Mohd Zain menegaskan bahawa gangguan semalam bukannya berpunca daripada kegagalan sistem sebaliknya berpunca daripada pencerobohan landasan.

“Pada jam 6.17 petang, kakitangan operasi telah terlihat kelibat seorang lelaki di atas trek MRT berdekatan Taman Connaught. Sebagai langkah keselamatan, bekalan kuasa terpaksa dinyahaktif bagi membolehkan kerja menjejaki penceroboh dilakukan.

Suspek berjaya meloloskan diri. Kabel tembaga dan alatan memotong kabel turut dijumpai di lokasi kejadian,”

Menurut Azmi, bas perantara percuma telah disediakan bagi mengangkut penumpang diantara Stesen Taman Mutiara dan Stesen Batu 11 Cheras.
 
Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 8.05 malam. Pengumuman menerusi media sosial dan siaraya stesen turut dilaksanakan bagi memaklumkan status terkini kepada pengguna.
 
Pengguna terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan percuma yang diboleh dituntut di semua kaunter MRT Sungai Buloh - Kajang.
3
Ketua Pegawai Operasi MRT Sg Buloh Kajang, Azmi Mohd Zain (kanan) dan ACP (B) Koon Chow Yong memberi penerangan kepada media mengenai kabel yang telah dipotong oleh suspek.
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup