On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
STAF RAPID KL GAYAKAN KAIN SARONG DEMI HARI MALAYSIA
Friday, 13 September 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 13 September – Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan acara ‘Keretapi Sarong 19’, yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, staf Rapid Rail yang bekerja di stesen dan yang memandu tren pada hari berkenaan, akan bersama-sama memperagakan kain sarong masing-masing sebagai tanda sokongan kepada inisiatif mempromosi perpaduan nasional ini.
1

Mengumumkan perkara ini, Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias berkata Rapid KL, yang mengendalikan perkhidmatan LRT, MRT dan monorel, menyambut baik inisiatif kumpulan komuniti, Local Companion atau LOCCO, yang menganjurkan acara berkenaan.

“Semua staf yang bekerja di stesen pada Isnin ini akan membawa kain sarong – sama ada kain batik, kain pelikat atau seumpamanya, sebagai menyokong program ‘Keretapi Sarong’ ini. Sebagai platform yang menemukan ratusan ribu warga kota setiap hari; tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan, pilihan untuk menggunakan sistem pengangkutan awam untuk program ini adalah tepat sekali.

“Prasarana mengendalikan lebih 1.2 juta penumpang sehari untuk semua rangkaian pengangkutan awamnya. Ini termasuk lebih 700,000 penumpang rel di bandaraya Kuala Lumpur melalui perkhidmtan Rapid KL. Hari Malaysia adalah hari yang amat signifikan; dan sewajarnya diraikan secara besar-besaran sebagai memperingati kehebatan negara kita, Malaysia dan rakyatnya yang bersatu padu,” kata Encik Muhammad Nizam dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seperti yang dipromosi oleh pihak penganjur, kain sarong adalah simbol yang cukup baik untuk melambangkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah kerana kain sarong digunakan oleh pelbagai kaum di negara ini; sekali gus dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Kali pertama diadakan pada tahun 2012, anak-anak Malaysia akan berkumpul di stesen-stesen tertentu yang ditetapkan oleh penganjur dan menaiki tren-tren kendalian Rapid KL untuk menuju destinasi yang ditetapkan. Sepanjang perjalanan termasuk semasa berada di stesen dan semasa berada dalam tren, mereka akan menjalankan pelbagai aktiviti sukaramai seperti menyanyi lagu patriotik, berbalas pantun, deklamasi sajak dan berjoget sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Berdasarkan kepada acara-acara yang lepas, para penumpang lain akan turut serta menyanyikan lagu-lagu seperti ‘Rasa Sayang’ dan ‘Jalur Gemilang’ untuk berhibur dan menyatakan sokongan mereka kepada program ini. Aktiviti-aktiviti ini dirakamkan dan ditularkan secara meluas melalui media sosial bagi menyebarkan mesej perpaduan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

“Tentunya, staf dan kakitangan kami tidak akan melibatkan diri secara aktif seperti menari kerana mereka sedang bertugas. Tetapi, mereka digalakkan memberi sokongan kerana kami di Rapid KL komited untuk menjadikan perkhidmatan kami sebagai perkhidmatan yang ceria dan mesra penumpang. Saya yakin ia akan menjadi acara yang cukup hebat,” tambah Encik Muhammad Nizam.

Untuk edisi keenam ini, yang sekali lagi disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, lima stesen telah dipilih – Stesen MRT Kajang, Stesen MRT Bandar Utama, Stesen LRT Gombak, Stesen LRT Subang dan Stesen LRT Ampang. Para peserta akan menaiki tren dari stesen-stesen ini pada 9 pagi untuk menuju ke stesen integrasi Pasar Seni. Dari sana, mereka akan bergerak bersama-sama ke lokasi perhimpunan yang akan hanya dimaklumkan pada hari acara.

“Memandangkan kami menjangka pergerakan penumpang yang besar, para peserta dan semua yang berminat menyertai acara ini digalakkan untuk menggunakan pas perjalanan My100 dan kad Touch ‘n Go untuk menikmati perjalanan yang lancar,” tambah Encik Muhammad Nizam.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup