On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
STAF KONTAK RAPAT DENGAN PENGERUSI PRASARANA JALANI UJIAN CALITAN COVID-19 HARI INI
Wednesday, 20 January 2021

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Para pegawai dan staf di bawah Kategori B yang mempunyai kontak rapat dengan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman telah diarahkan mengambil ujian calitan atau ‘swab test’ untuk pemeriksaan COVID-19 hari ini ekoran pengesahan beliau positif.

1

Mereka yang tergolong di bawah Kategori C pula diletakkan dalam kuarantin di rumah dengan serta merta selama sepuluh hari sehingga 29 Januari atau sehingga Kategori B didapati negatif,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana hari ini.

“YB Dato' Sri Tajuddin memasuki pejabat pada pagi Isnin, 18 Januari untuk satu mesyuarat dengan beberapa pegawai kanan.

Beliau juga masuk untuk satu mesyuarat pada pagi Selasa, 19 Januari dan terus ke hospital untuk ujian sejurus mengetahui YB Dato’ Sri Nazri Aziz positif COVID-19."

Kenyataan itu turut mengesahkan bahawa seluruh ibupejabat korporat Kumpulan Prasarana, yang terletak di Menara UOA, Bangsar sudah menjalani pembersihan komprehensif ‘deep decontamination’ dan sanitasi untuk memastikan ia bebas daripada virus berkenaan.

“Ketiga-tiga tingkat pejabat Kumpulan Prasarana di Tower B, Menara UOA sudah menjalani proses sanitasi dan ‘deep decontamination’ pada 18 Januari bermula jam 3 petang.

Satu lagi proses sanitasi dan 'deep decontamination' tambahan akan dijalankan hari ini berikutan perkembangan terbaru.

Pejabat dibuka seperti biasa mengikut prosedur operasi standard MKN, yang mana hanya 30 peratus daripada Bahagian Pengurusan dibenarkan masuk. Staf- staf lain diarahkan bekerja dari rumah sehingga tamat arahan PKP, kecuali ada keperluan untuk masuk ke pejabat,” tambah kenyataan itu.

Kumpulan Prasarana telah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis sejak bulan Mac tahun lepas untuk mengendalikan segala urusan berhubung dengan aktiviti kerja semasa perlaksanaaan PKP dan ini membantu menyegerakan apa jua tindakan susulan menangani penyebaran virus berkenaan.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup