Selain melengkapi fasiliti akses universal untuk tren dan bas serta di stesen stesen dan hab hab bas kendalian Prasarana dan anak-anak syarikatnya, tahap kompetensi staf dan kakitangan turut terus dipermantapkan. Anggota-anggota Polis Bantuan dan staf stesen-stesen serta hab-hab bas sentiasa bersedia untuk membantu golongan OKU bagi memastikan kelancaran dan keselamatan golongan OKU.
Bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa, yang merupakan hari istimewa yang dipupuk oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992, Prasarana Malaysia memperbaharui azam dan tekad untuk terus memperkasakan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.