On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PERKHIDMATAN MONOREL TERGANGGU KERANA KEBAKARAN TAYAR
Friday, 26 December 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 26 Disember – Seorang pegawai stesen LRT, yang bertugas di Stesen Bandaraya, telah disahkan positif COVID-19 dua hari lepas dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Staf berkenaan bertugas pada kali terakhir pada 19 Disember lepas dan tidak bekerja sejak tarikh berkenaan.
1

“Berdasarkan siasatan kami, ini adalah insiden di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tiada mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertugas,” menurut satu kenyataan Rapid Rail, yang dikeluarkan hari ini.

Berikutan pengesahan itu, pihak pengurusan Rapid Rail, yang menjadi operator perkhidmatan rangkaian-rangkaian LRT, telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf itu pada malam berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Staf-staf lain yang mempunyai kontak rapat dengan pegawai stesen berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.

“Rapid Rail akan terus memantau dengan rapi perkembangan kes ini dan sentiasa bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak awal penularan pandemik ini sejak awal tahun bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid Rail dan juga Rapid Bus sentiasa berkeadaan selamat dan selesa untuk digunakan.

“Tren-tren untuk semua laluan sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi pada hari berkenaan. Kakitangan yang bertugas di semua stesen dan di dalam tren sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan rapi khususnya pemakaian pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan menggelakkan kontaks dengan para penumpang. Rapid Rail memberi jaminan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya adalah selamat,” tambah kenyataan berkenaan.

Pihak pengurusan dan staf Prasarana, khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas, telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penumpang.

Rapid Rail turut memastikan para penumpang sentiasa mematuhi dengan rapi SOP yang ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa. Penumpang juga diperiksa suhu badan dan diperlukan mendaftar aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum dibenarkan memasuki kawasan stesen. Mereka turut diingatkan berulang kali melalui pengumuman-pengumuman dalam tren untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri khususnya sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman.

“Langkah-langkah ini adalah penting untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di samping memudahkan KKM membuat pengesanan semula sekiranya ada kes positif COVID-19. Pihak kami adalah komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga staf,” tambah Rapid Rail.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup