On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RIBUT DAN ANGIN KENCANG DI PJ: STESEN LRT KELANA JAYA DITUTUP SEMENTARA. PERKHIDMATAN BIASA DI STESEN LAIN
Saturday 3 March 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 3 Mac - Stesen LRT Kelana Jaya ditutup buat sementara waktu atas sebab faktor keselamatan berikutan hujan lebat beserta angin kencang yang melanda Petaling Jaya tengah hari tadi.
1

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa keping atap bumbung stesen diterbangkan angin.

Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Berikutan hujan yang masih turun lebat, pihak operasi LRT Laluan Kelana Jaya bertindak menutup stesen LRT Kelana Jaya atas faktor keselamatan.

Tren dari Gombak ke Putra Heights dan sebaliknya akan melalui stesen LRT Kelana Jaya tanpa berhenti mengambil penumpang. 

Para pelanggan dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya harus turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke Stesen Kelana Jaya.

Pengguna diminta mengikut maklumat terkini menerusi saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL untuk mendapatkan status terkini perkhidmatan LRT.

Rapid KL ingin memohon maaf di atas kesulitan ini. Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab kami.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup