MEDIA RELEASES
RAPID RAIL MOHON MAAF DI ATAS KELEWATAN JADUAL PERJALANAN LRT LALUAN KELANA JAYA PAGI TADI
Tuesday 2 October 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya ingin memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kelewatan jadual perjalanan pada pagi ini.
1

Pusat kawalan operasi (OCC) telah menerima notifikasi “fault alarm” dari tren 2 gerabak yang bernombor 33. Pihak OCC memutus untuk menamatkan perkhidmatan dan mengeluarkan tren ini dari servis di stesen Universiti kerana terdapat trek tambahan di stesen berkenaan.

Namun pada jam 7.56 pagi, ketika dalam perjalanan dari stesen Kerinchi ke stesen Universiti, tren tersebut telah gagal untuk bergerak. Staff operasi telah dihantar untuk verifikasi dan menggerakan tren secara manual.

Setelah percubaan untuk menggerakan tren secara manual gagal, proses “coupling” atau menunda tren dilakukan. 

Tren telah dikeluarkan dari perkhidmatan selepas menurunkan penumpang di stesen Universiti. Terdapat anggaran 150 penumpang yang berada di dalam tren berkenaan ketika insiden berlaku.

Atas faktor keselamatan, tren bergerak lebih perlahan dan berhenti dengan lebih lama di semua stesen. Kejadian yang berlaku pada waktu puncak pagi telah menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan tren.

Sistem pulih sepenuhnya pada jam 8.22 pagi. Pengumuman menerusi media sosial dan siaraya stesen turut dilaksanakan bagi memaklumkan status terkini kepada pengguna.

Pengguna telah ditawarkan kupon perjalanan percuma yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Kelana Jaya. Kupon ini harus digunakan dalam tempoh lima hari dari hari ini.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup