Sementara kerja-kerja pembaikan di jalankan oleh juruteknik Rapid Rail, pihak pusat kawalan operasi LRT Laluan Kelana Jaya telah mengaktifkan pelan “Alternate Service” di mana semua tren dari Putra Heights berpatah balik di Masjid Jamek, dansemua tren dari Gombak berpatah balik di Ampang Park.
Perkhidmatan tren “shuttle” di antara Ampang Park dan Masjid Jamek di sediakan untuk membawa para penumpang daripada arah Gombak dan juga Putra Heights.
Gangguan teknikal tersebut berjaya diselesaikan dan perkhidmatan kembali normal pada jam 12.57 tengah hari. Para penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Kelana Jaya.