On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID RAIL KENDALI PELAN TINDAKAN KECEMASAN DI STESEN BAWAH TANAH MRT
Thursday, 25 May 2017
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 25 Mei – Rapid Rail Sdn Bhd – operator perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, hari ini telah dengan jayanya mengadakan latihamal pelan tindakan kecemasan (ERP) di Stesen Tun Razak Exchange (TRX) sekali gus mencatat sejarah melaksanakan latihan kecemasan pertama di stesen bawah tanah MRT.

Disertai bersama oleh para pegawai dan anggota daripada agensi kecemasan awam seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan, latihamal berkenaan diadakan sebagai persiapan bagi pembukaan fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang pada akhir bulan Julai ini dan dilaksanakan di bawah pemerhatian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir. Zohari Sulaiman.

Bermula pada 9.30 pagi dengan senario tren tergelincir dan kebakaran selepas meninggalkan Stesen MRT TRX, latihamal itu dijalankan dengan penilaian daripada para pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang merupakan badan bertanggungjawab untuk memberi kelulusan untuk pembukaan fasa kedua itu.

“Bagi saya, latihamal ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya amat berpuas hati dengan perjalanan latihan ini yang berjalan dengan lancar dan berdasarkan kepada prosedur pengoperasian standard (SOP) dengan kerjasama yang cukup baik dengan semua agensi-agensi kecemasan awam khususnya pihak bomba, polis, pertahanan awam dan Kementerian Kesihatan.

“Apa yang dilaksanakan hari ini sebenarnya dirancang dengan terperinci termasuk mengadakan beberapa siri perbincangan dan sesi latihan pada 23 Mei lepas. ERP sememangnya sesuatu perkara yang dititik-beratkan dalam operasi Rapid Rail dalam semua laluan kendalian kami – LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorail dan Laluan MRT ini.

“Kesemua laluan dimestikan untuk mengadakan mini ERP pada setiap bulan bagi menguji kesiapsiagaan para petugas, peralatan dan sistem yang kita gunakan dan satu ERP besar sekai setahun dengan penglibatan penuh semua agensi-agensi kecemasan awam. Secara keseluruhan, latihan ini melibatkan 200 penumpang, 300 staf Rapid Rail, 8 penilai, 18 pemerhati dan 200 kakitangan agensi kecemasan awam,” katanya.

Latihamal yang diadakan hari ini adalah sesi kedua selepas sesi pertama diadakan menjelang  pembukaan fasa 1 MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, yang dibuka pada 16 Disember lepas antara Sungai Buloh dan Semantan. Namun, latihan kecemasan yang diadakan hari ini adalah jauh lebih mencabar dengan pihak bomba terpaksa mengeluarkan „mangsa‟ yang cedera keluar daripada landasan bawah tanah itu menggunakan syaf, yang terletak kira-kira 400 meter daripada Stesen TRX. 

Selepas insiden berlaku, mangsa yang bebas kecederaan diarah dan diseliakan secara teratur  untuk berjalan balik ke Stesen TRX melalui laluan platform keselamatan dengan kuasa elektrik di sepanjang laluan dinyahkan demi keselamatan. 

Terletak 45 meter di bawah permukaan dan merupakan stesen bawah tanah paling dalam  antara tujuh stesen bawah tanah MRT Sungai Buloh – Kajang, syaf yang mempunyai 252 anak tangga. 

Apabila dibuka sepenuhnya pada akhir Julai nanti, laluan pertama MRT ini akan menyediakan  perkhidmatan dengan jajaran 51km dengan 31 stesen. Ini termasuk laluan terowong bawah tanah sepanjang 9.5 km dengan 7 stesen bawah tanah. Lebih signifikan lagi, ia akan mempunyai kesinambungan (connectivity) dengan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, KTM Komuter dan ERL melalui stesen MRT Muzium di KL Sentral. 

Ia juga akan mempunyai integrasi dengan Laluan LRT Ampang di Stesen MRT Maluri dan  berhubung dengan Laluan LRT Kelana Jaya di stesen Pasar Seni. Laluan Monorel pula akan dihubungkan dengan MRT Sungai Buloh – Kajang di Stesen Bukit Bintang.

Dato’ Ir Zohari Sulaiman (centre) flanked with Prasarana’s Senior Leadership Team members.
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup