On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID RAIL ERATKAN JALINAN KOLABORASI DENGAN KOMUNITI UNTUK MANTAP KESELAMATAN
Thursday, 24 January 2019
Kuala Lumpur
SUNGAI BULOH, 24 Jan - Rapid Rail Sdn Bhd merancang untuk memantapkan jalinan dengan komuniti dan persatuan penduduk di sekitar jajaran MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) sebagai inisiatif untuk mencegah kes pencerobohan dan membenteras kes kecurian kabel dan aset-aset di sepanjang laluan berkenaan.
1

 Mengumumkan ini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Khairani Mohamed berkata Rapid Rail berharap untuk menggunakan model Rakan Cop yang digunakan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi melaksanakan inisiatif berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di sini hari ini, beliau turut mengumumkan bahawa MRT SBK akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang jajaran khususnya di sepanjang laluan bertingkat.

Menurut Khairani, MRT SBK berhadapan dengan risiko kecurian kabel dan aset-aset lain di sepanjang laluan berkenaan; dan memerlukan sokongan dan maklumat daripada orang awam untuk membantu pasukan keselamatan Rapid Rail.

“Sejak MRT mula beroperasi pada tahun 2016, Rapid Rail telah mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel termasuklah ketika MRT dalam tempoh pembinaan. Tahun lepas sahaja terdapat sebanyak lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT, “ katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.

Sidang media itu diadakan berikut kes seorang lelaki tempatan menceroboh trek MRT di laluan antara stesen Pusat Bandar Damansara dengan Phileo Damansara kerana disyaki cuba mencuri kabel di kawasan berkenaan.

Ia menyebabkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika dan tindakan pantas pasukan operasi dan polis bantuan MRT, suspek yang telah berjaya ditahan.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup