On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Rapid KL Sedia Perkhidmatan Bas Perantara Khas untuk MotoGP
Wednesday, 16 October 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Rapid Bus Sdn Bhd – operator perkhidmatan bas Rapid KL - akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk acara sukan berprestij, Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019, yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.
1

Dilantik sekali lagi sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam GP Malaysia, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan berkenaan daripada tiga lokasi strategik – KL Sentral dan KLCC, yang kedua-duanya dihubungkan oleh rangkaian pengangkutan rel Rapid KL, dan hub bus KLIA 2 khusus untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan udara tambang murah untuk menyaksikan acara sukan pemotoran utama negara.

“Bagi pihak Rapid Bus, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SIC atas kepercayaan untuk melantik Rapid KL sebagai Penyedia Rasmi Pengangkutan Awam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2019. Kami sebenarnya mengadakan kolabarasi ini bersama SIC sejak tahun 2014. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Janji kami untuk menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi kejayaan acara ini dan melonjakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara MotoGP ini mula dijual hari ini (16 Oktober) di stesen-stesen LRT terpilih iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni serta Kaunter Kad Konsesi MyRapid di Hab Bas Pasar Seni.

“Pada hari-hari acara daripada 1 November hingga 3 November, para peminat juga boleh membeli tiket bas ini di Hab Pengangkutan KLIA2 di Tingkat 1 daripada pukul 8 pagi hingga 1 pagi,” kata Encik Muhammad Yazurin, yang menasihati para peminat untuk membeli tiket awal bagi mengelakkan diri daripada perlu beratur panjang untuk membeli ketika hendak ke Sepang.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, perkhidmatan perantara adalah untuk tiga laluan antara SIC dan KL Sentral; SIC dan KLCC, serta antara SIC dan KLIA2. Untuk perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur sama ada di KL Sentral atau KLCC adalah RM20 untuk satu hala dan RM35 untuk tiket pergi-balik (return). Untuk sektor SIC – KLIA 2, Rapid KL menawarkan tambang pada kadar RM12 untuk satu hala.

Selain aksi-aksi hebat di litar untuk saingan MotoGP yang menampilkan pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah, Moto 2 dan Moto3, para peminat turut berpeluang menyaksikan kehebatan bintang-bintang remaja dalam saingan Idemitsu Asia Talent Cup, yang turut menampilkan penunggang Malaysia Muhammad Adil Fitri Mahadi.

SIC juga telah mengatur pelbagai acara luar trek atau ‘off-track’ yang hebat termasuk Karnival Mega MotoGP sepanjang tiga hari, pameran model-model motosikal, jualan aksesori, pelbagai juadah makanan dan barangan merchandise MotoGP, sesi autograf dengan pelumba dan sesi ‘public pitlane walk’.

Butiran lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara ini boleh didapati daripada laman web www.myrapid.com.my atau menelefon TALIAN BANTUAN Rapid KL di 03-78852585.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, para peminat boleh melayari laman web www.sepangcircuit.com.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup