Perkhidmatan selama dua hari ini akan bermula pada 20 Januari hingga 21 Januari
2019. Kemudahan ini disediakan untuk pengguna mengunjungi Batu Caves serta
menggalakan pengunjung menggunakan pengangkutan awam bagi
mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.
Sebanyak 18 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu
Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching.
Manakala dua bas disediakan dari
stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan
kekerapan masing-masing 15 minit dan 30 minit.
Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni
dan RM2 dari stesen LRT Gombak. Kaedah pembayaran adalah tunai sahaja.
Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini bermula dari jam 5.00 pagi
hingga 12.00 tengah malam.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi
talian bantuan RapidKL :
03-7885 2585 atau berhubung dengan kami menerusi saluran media sosial Rapid KL.