On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL SARAN SEMUA PIHAK TIDAK BUAT SPEKULASI
Friday, 17 November 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 November – Rapid KL menyarankan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kes penumpang cacat penglihatan, Mohd Hanapiah Yeop Shaharuddin, yang jatuh di landasan trek pada 12 November lepas.

“Siasatan sedang dimuktamadkan dan akan dikemukakan kepada pihak berkuasa, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Insiden ini adalah malang dan amat menyedihkan. Tetapi, kita harus membenarkan siasatan dimuktamadkan dan menerima keputusan daripada SPAD.

“Kami di Rapid KL telah membuat pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen monorel KL Sentral dan mempunyai analisis kami tentang insiden berkenaan. Klip rakaman ini dan analisis ini akan dikemukakan kepada SPAD,” kata Encik Mohd Ariffin Idris, Ketua Pegawai Operasi KL Monorail dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau: “Pada pandangan kami, terdapat fakta-fakta yang tidak tepat telah dilaporkan media berdasarkan kepada komen dan pandangan oleh keluarga mangsa adalah tidak tepat.

“Justeru itu, kami terpaksa mengeluarkan kenyataan ini kerana terdapat banyak fakta yang tidak tepat telah dilaporkan media berdasarkan kepada komen dan pandang yang dikeluarkan pelbagai pihak. Kami perlu membetulkan perspektif yang tidak tepat ini,” katanya.

Katanya lagi, para pegawai Rapid KL juga telah melawat mangsa dan menemui anggota keluarga mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana Mohd Hanapiah sedang menerima rawatan.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup