On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Ciri Tren Dipermantapkan, Komponen Tempatan Dipertingkatkan untuk KLAV27
Friday, 17 July 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 Julai – Kini bergelar MRT Laluan Kajang, Rapid KL hari ini meraikan ulang tahun ketiga operasi MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) dengan keyakinan tinggi bahawa ia bukan saja mampu bangkit daripada impak buruk penularan wabak COVID-19; tetapi terus meningkat popular dan menjadi penyumbang besar dalam merealisasikan sasaran Kerajaan untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.
1

Menyuarakan keyakinan ini, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Encik Muhammad Nizam Alias berkata berdasarkan pola jumlah penumpang rel urban sekarang, perkhidmatan MRT Laluan Kajang berpotensi besar untuk terus berkembang maju dan berkeupayaan untuk menggantikan LRT Laluan Kelana Jaya sebagai penyumbang terbesar dalam jumlah penumpang rel kendalian Prasarana.

“MRT SBK, yang kini bergelar MRT Laluan Kajang, telah meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju dari segi kemudahan pengangkutan awam. Jumlah penumpang juga telah meningkat dengan baik; dan semakin ramai mula melihat menaiki pengangkutan awam rel sebagai suatu yang amat memudahkan. Kami percaya dengan pertumbuhan bandar-bandar baru di jajaran berkenaan, jumlah penumpang akan terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara projek-projek pembangunan utama sepanjang jajaran MRT Laluan Kajang adalah hab komersial integrasi dekat Stesen Kwasa Damansara; pembangunan di sekitar Stesen Kwasa Sentral; Pavilion Lifestyle Mall dekat Stesen Pusat Bandar Damansara; Menara The Exchange 106 dekat Stesen Tun Razak Exchange; dan Menara KL 118 dekat Stesen Merdeka.

Selepas pembukaan 14 stesen untuk fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan pada 16 Disember 2016, perkhidmatan MRT dibuka sepenuhnya untuk semua 35 stesen pada 17 Julai 2017; sekali gus membuka satu era baru dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Dalam tempoh singkat 15 hari pada bulan Disember 2016 itu, perkhidmatan serba moden itu merekodkan sebanyak 676,495 penumpang, yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah mereka dari luar Selangor yang datang semata-mata untuk menikmati pengalaman hebat menaiki MRT.

Tahun 2017 mencatat sejumlah 22,350,508 penumpang secara keseluruhan, yang seterusnya meningkat kepada 51,314,240 penumpang untuk tahun 2018. Disokong dengan inisiatif pas perjalanan tanpa had My100, yang diperkenalkan oleh Prasarana bermula pada 1 Januari 2019, MRT Laluan Kajang mencatat 63,952,805 juta jumlah penumpang untuk tahun lepas.

“Malangnya, momentum ini terjejas pada tahun 2020 kerana penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas. Malahan, sekarangpun, kita masih dalam tempoh PKP; sehingga 31 Ogos. Tetapi, nyata, pola jumlah penumpang kami untuk MRT dan semua perkhidmatan-perkhidmatan lain semakin baik; walaupun masih jauh daripada angka-angka sebelum PKP,” tambah beliau.

Kata Encik Nizam, daripada purata jumlah penumpang harian atau ‘daily ridership’ untuk MRT Laluan Kajang pada 2019 adalah sebanyak 200,000 penumpang; ia menurun kepada hanya 80,000 untuk enam bulan pertama 2020, yang mana hampir empat bulan telah terjejas teruk kerana ancaman wabak COVID khususnya pada awal tempoh PKP. Malahan, MRT Laluan Kajang pernah mencatat sehingga 250,467 penumpang sehari, yang direkodkan pada 31 Disember 2019.

“Kami di Kumpulan Prasarana, bagaimanapun, tetap mempunyai keyakinan dan menaruhkan harapan tinggi, Malaysia akan menang dalam perjuangan menentang COVID-19 dan ia akan kembali makmur dan sejahtera; serta ekonomi negara khususnya di Lembah Klang dan Selangor menjadi semakin rancak dengan rangsangan daripada perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.

“Perkhidmatan rel urban yang dipacu oleh Prasarana akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi ini dengan MRT, yang bakal menerima rangkaian kedua - MRT LaluanPutrajaya tahun depan untuk fasa pertama, akan menjadi pemacu kepada pemulihan ekonomi ini.“

“Pembukaan MRT Laluan Putrajaya ini bukan saja akan memberikan lebih pilihan kepada warga kota untuk bergerak; tetapi ia juga akan menjadikan MRT sebagai pengangkutan awam sebagai mod yang lebih bergaya dan lebih efektif khususnya dengan sokongan daripada perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana yang lain seperti LRT, monorel dan rangkaian bas perantara yang disediakan,” tambah beliau.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup