On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL POHON MAAF ATAS GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING
Monday, 12 April 2021

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 12 April – Rapid KL memohon maaf atas gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling petang ini, yang berpunca daripada ribut yang melanda bandaraya dan menyebabkan tidak kurang daripada 13 pokok tumbang dan menimpa trek sekitar Stesen Maluri, Pandan Jaya, Chan Sow Lin dan Cheras, yang terletak di atas tanah (at grid).

1

Bermula pada 6.39 petang, gangguan perkhidmatan yang berlaku dalam keadaan hujan dan cuaca tidak menentu itu menyebabkan beberapa tren terkandas di atas trek; sekali gus memerlukan kerja-kerja mengeluar dan menyelamatkan penumpang yang terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana keadaan tanah yang licin dan berbecak di samping risiko panahan petir.

“Rapid KL memohon maaf atas gangguan perkhidmatan ini dan kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh para pelanggan kami akibat gangguan berkenaan. Kerja-kerja mengeluar dan memindahkan penumpang mengambil masa yang lebih lama daripada biasa atas sebab-sebab keselamatan kerana risiko yang dibawa oleh angin ribut, hujan dan petir yang berlaku pada masa itu. Kerja-kerja mengeluarkan dan memindahkan penumpang selesai pada pukul 10.20 malam. Namun, kerja-kerja pembersihan trek dan pemeriksaan bagi memastikan trek adalah selamat akan berjalan sepanjang malam ini.

“Pasukan penyelamat kami telah dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat; serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menguruskan kerja-kerja pemindahan ini. Rapid KL merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi ini atas bantuan yang telah diberikan bagi menangani keadaan ini,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Rapid KL.

“Para penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling,” tambah kenyataan berkenaan.

Bagi mengurangkan impak gangguan berkenaan, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara di samping meneruskan perjalanan tren menggunakan landasan yang tidak terjejas oleh kejadian ribut berkenaan.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup