On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL PERKENAL DUA LALUAN BAHARU PERKHIDMATAN BAS PERANTARA LRT KE STESEN LRT SRI PETALING DAN STESEN BANDAR PUTERI PUCHONG
Thursday, 18 March 2021

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 18 Mac– Rapid KL selaku peneraju utama perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang akan memperkenalkan dua laluan bas perantara baharu ke stesen-stesen LRT Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong. Hasil kerjasama di antara Rapid Rail, operator perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel, dan Rapid Bus, pengendali perkhidmatan bas perantara Rapid KL ini, akan menghubungkan kawasan-kawasan komuniti di sekitar Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong bermula 18 Mac 2021.

1

Laluan baharu bas perantara (T582) ke Stesen LRT Sri Petaling merangkumi kawasan utama Bandar Baru Sri Petaling, Taman Bukit Intan dan Stadium Hoki Bukit Jalil manakala laluan baharu bas perantara (T605) ke Stesen LRT Bandar Puteri Puchong merangkumi jajaran kawasan Bandar Puteri Puchong, Puchong Hartamas, Kampung Pasir Puchong dan Puteri 11.

Melalui pengenalan laluan baharu bas perantara ke stesen-stesen LRT ini, penduduk di sekitar kawasan Sri Petaling dan Bandar Puteri, Puchong kini mempunyai pilihan tambahan bagi memulakan perjalanan ke atau dari stesen-stesen LRT yang terlibat.

Dengan kekerapan bas setiap 20 minit pada waktu puncak dan bergantung kepada keadaan trafik semasa, pengguna kini dapat merancang perjalanan yang lebih mudah ke destinasi yang dituju disamping dapat menikmati tambang perjalalan sehala yang lebih ekonomi serendah RM1 sahaja.

“Kini komuniti penduduk di sekitar kawasan Sri Petaling dan Bandar Puteri mempunyai pilihan penjimatan dari segi kos bahan api kenderaan, tol serta bayaran parkir dengan menggunakan perkhidmatan bas perantara baharu yang melalui kawasan-kawasan perumahan utama dengan tambang serendah RM 1”, ujar Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus Sdn Bhd.

“Kami amat berharap agar perkhidmatan laluan baharu bas perantara ini dapat mempermudahkan perjalanan komuniti setempat dan secara tidak langsung dapat memberikan penjimataan bagi menghubungkan mereka ke rangkaian rel Rapid KL untuk ke destinasi yang ingin dituju.” tambah Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Sdn Bhd.

Bagi meningkatkan kemudahan merancang perjalanan dan keselesaan pengguna perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL, para pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi PULSE. Selain memberikan pilihan perjalanan yang terbaik untuk seorang pengguna, aplikasi PULSE juga turut menyediakan maklumat tentang status perkhidmatan setiap mod perkhidmatan Prasarana dan jangkaan masa ketibaan atau ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA). Ia juga akan memberikan waktu sebenar atau ‘real time’ untuk lokasi-lokasi bas dan juga tren.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari ‘Google Play Store’ dan di ‘Apple App Store’.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup