MEDIA RELEASES
RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN SEMPENA KONSERT SAYANGI
MALAYSIAKU 2018
Wednesday 29 Aug 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Sempena konsert Sayangi Malaysiaku 2018, waktu operasi  perkhidmatan LRT, MRT, dan bas di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan pada malam 30 Ogos.
1

Lanjutan perkhidmatan ini bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin menghadiri konsert  yang akan diadakan di Dataran Merdeka. Selain persembahan daripada artis tempatan,  pengunjung akan disajikan dengan pertunjukan bunga api ketika menjelang detik 12 malam. 

Selain menggalakan warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, ia juga  dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah parkir yang terhad di dalam pusat bandar. 

Stesen LRT dan MRT yang akan dilanjutkan operasi sehingga jam 1 pagi ialah;

Stesen LRT/MRT

  • Stesen LRT Masjid Jamek
  • Stesen LRT Bandaraya
  • Stesen LRT Pasar Seni 
  • Stesen MRT Pasar Seni

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, walau bagaimanapun pengguna  masih boleh keluar dari stesen ini. 

Perkhidmatan bas Rapid KL juga akan dilanjutkan operasi dari hab Bas Pasar Seni dengan bas  terakhir akan berlepas 15 minit selepas tren terakhir berlepas. Laluan yang terlibat adalah seperti berikut;

No Laluan dan Destinasi

  • 173 Jalan Munsyi Abdullah – Taman Jasa Utama
  • 220 Lebuh Ampang – Taman Melawati
  • 300 Lebuh Ampang – Pandan Mewah
  • 450 Jalan Silang – Terminal Kajang
  • 751 Pasar Seni – Taman Sri Muda
  • 781 Pasar Seni – Taman Medan
  • 640 Pasar Seni – Taman Sri Manja/ Taman Sri Sentosa
  • 600 Pasar Seni – Puchong Utama
  • 780 Pasar Seni – Kota Damansara
  • 180 Pasar Seni – Taman Dato’ Senu

Manakala lima (5) laluan bas pengantara MRT akan beroperasi sehingga jam 2.00 pagi. Laluan  tersebut adalah;

No Laluan dan Destinasi

  • T801 MRT Kwasa Sentral – Subang Bestari
  • T102 MRT Sungai buloh – Aman Putri
  • T103 MRT Sungai Buloh – Damansara Damai
  • T460 Bandar Teknologi Kajang – MRT Stadium Kajang
  • T464 Teras Jernang – MRT Kajang

Bagi memudahkan perjalanan, pengguna digalakkan untuk menggunakan kad nilai simpanan  “TnG” agar tidak berlaku kesesakan ketika membeli token di mesin. 

Pengguna diminta patuhi peraturan ketika berada di stesen, sebagai contoh; tidak makan atau  minum di dalam tren. Keselesaan anda adalah keutamaan kami. 

Rapid KL ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 61 buat semua  rakyat Malaysia. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 03- 78852585.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup