On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Rapid KL Lanjut Perkhidmatan Rel Dan Bas Sempena Ambang Merdeka
Selasa, 30 Ogos 2016
KUALA LUMPUR
Perkhidmatan rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan sempena sambutan Ambang Merdeka 2016 pada malam 30 Ogos bagi memberi kemudahan dan keselesaan perjalanan kepada wargakota yang ingin meraikan sambutan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Beberapa stesen LRT dan monorel terpilih akan dilanjutkan perkhidmatan sehingga 1pagi. Rapid KL juga akan menambah kekerapan tren di ketiga-tiga laluan LRT dan monorel dari jam 8malam hingga 1pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, stesen yang akan dibuka sehingga jam 1pagi adalah stesen Masjid Jamek dan Hang Tuah bagi Laluan Sri Petaling; KLCC dan Masjid Jamek bagi Laluan Kelana Jaya; Bukit Bintang dan Hang Tuah bagi Laluan Monorel .

“Stesen lain akan ditutup seperti biasa, pengguna boleh keluar di kesemua stesen LRT dan Monorel untuk meneruskan perjalanan mereka. Pusat kawalan operasi kami di Subang dan Ampang akan memantau rapi pergerakan penumpang di stesen untuk memastikan sama ada waktu operasi perlu dilanjutkan jika perlu,” menurut kenyataan Rapid KL hari ini.

Memandangkan terdapat penutupan beberapa jalan utama, Rapid KL menyarankan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorel bagi mereka yang ingin meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2016.

Perkhidmatan LRT dan monorel akan bermula seawal jam 6pagi. Perkhidmatan bas Rapid KL juga akan melanjutkan operasi dari Hab Bas Pasar Seni dengan bas terakhir akan berlepas 15minit selepas tren terakhir berlepas.Laluan bas yang terlibat adalah seperti berikut;

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup