On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT DI STESEN BUKIT JALIL SEMPENA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019
Friday, 1 November 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 1 November – Rapid KL selaku pengendali sistem rel transit bandar dan bas henti-henti akan melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil pada 2 November 2019 (Sabtu), sehingga jam 1.00 pagi sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019.
1

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Tiga laluan bas Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan dimana bas terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi. Laluan yang dilanjutkan adalah seperti berikut;

  • 652 Stesen LRT Awan Besar - Bt 3 Jln Klang Lama
  • T580 Stesen LRT Awan Besar - TPM via Stesen LRT Bukit Jalil
  • T582 Stesen LRT Awan Besar - LRT Salak Selatan via Bukit Jalil

Untuk mengelak dari kesesakan di jalanraya, Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium pada hari tersebut, serta menggunakan kad Touch ‘N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.

Para pengguna perkhidmatan awam pada malam tersebut juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, dan sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.

Walaubagaimanapun, bagi yang ingin memandu pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook Rapid KL.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup