On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN DI STESEN DAN LALUAN
TERPILIH SEMPENA AMBANG TAHUN BARU 2020
Monday, 30 December 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sempena Ambang Tahun Baru 2020 pada 31 Disember 2019, bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ini.
1

Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 1.30 pagi adalah seperti berikut:
  • LRT Laluan Kelana Jaya: USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park
  • LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Bandaraya, Masjid Jamek
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara
  • Laluan Monorel Kuala Lumpur: Bukit Bintang
  • BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon
Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Manakala bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.

Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyambut ambang Tahun Baru secaraberhemah dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang menghadirisambutan.
Sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup