MEDIA RELEASES
Rapid KL di Mata Dunia di MotoGP Malaysia
Friday 1 November 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 2 November – Untuk tahun kelima berturut-turut, Rapid Bus terus cemerlang dalam menyokong agenda nasional mempromosi Malaysia di pentas antarabangsa dengan menyediakan keselesaan pengangkutan awam bagi para peminat mengunjungi acara pemotoran tersohor dunia – 2018 Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Sepang. 
1

Serentak dengan permulaan program edisi ke 28 Grand Prix Malaysia hari ini, Rapid Bus – sebagai Penyedia Pengangkutan Awam Rasmi – membuka perkhidmatan bas perantara khas ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi ini daripada tiga lokasi terpilih – KL Sentral dan KLCC dari bandaraya Kuala Lumpur; dan dari hab penerbangan KLIA2. 

SIC, yang merupakan tuan rumah kepada acara perdana negara dan terpilih sebagai penganjur terbaik pada 2017, menjangkakan lebih 170,000 para peminat sukan pemotoran yang berkunjung ke acara berkenaan sepanjang tiga hari ini dengan 30 peratus daripada mereka adalah pelancong asing.

Selain aksi-aksi hebat di litar termasuk melibatkan wira-wira negara Hafizh Syahrin Abdullah dalam kelas perdana MotoGP, pelumba dari Kampung Gajah, Perak, Khairul Idham Pawi dalam kelas Moto2 dan Muhammad Adam Norrodin, 2018 Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix juga hebat kerana aktiviti-aktiviti luar trek yang ditunjangi oleh Karnival MotoGP yang cukup ‘happening’.

Dengan siaran langsung ke seluruh dunia melalui televisyen dan media sosial, ia, sekali gus, menjadikan acara MotoGP di Sepang ini sebagai produk pelancungan utama negara bagi memperagakan imej Malaysia di pentas global dengan perkhidmatan bas perantara Rapid KL turut menjadi tumpuan di mata dunia.

Secara keseluruhan, 108 bas diperuntukkan untuk program ini, yang turut meliputi bas carter untuk kumpulan-kumpulan tertentu dan lebih 200 staf berganding bahu menjayakan projek, yang mana di kalangan mereka termasuklah Adi Darma Hj Marus, yang bertugas pada setiap satu edisi acara ini sejak lima tahun lepas.

“Tentunya, kami di Rapid Bus amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara hebat ini. Kami bukan saja duta kepada Rapid Bus dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana); tetapi negara kita, Malaysia secara keseluruhan kerana perkhidmatan bas perantara ini cukup popular dengan para peminat luar negara.

“Kejayaan tahun lepas dan jangkaan peningkatan jumlah penonton tahun ini tentunya memberi meningkatkan cabaran kepada kami sebagai Rakan Pengangkutan Rasmi MotoGP 2018. Tetapi, kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk Rapid Bus, Prasarana dan negara Malaysia tercinta,” kata Adi Darma ketika ditemui oleh Warna Productions.

Diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi perkhidmatan bas Rapid KL, Tuan Haji Shamsul Rizal Mohd Yusof, projek ini disokong oleh Kapt. (B) Rahim Mahamud sebagai Pengarah Projek dan Khairul Azhar Hamidullah sebagai Pengurus Sektor 1 dan Mohammad Rosdi Abdul Rahim sebagai Ketua Bahagian Tiket.

Tambah Adi Darma: “Bagi Rapid KL, imej amat penting, lagi-lagi melibatkan penumpang antarabangsa, oleh itu tahun ini kami menekankan kepada imej bas dan kapten-kapten yang bertugas.

“Bagi memastikan imej Rapid KL serta penganjur terjaga, kami telah memberi keutamaan kepada bas yang baru dan bas yang sesuai bagi kegunaan perjalanan yang jauh. Selain itu, kami turut memilih kapten yang layak bagi mengendalikan bas bagi acara ini” tambah beliau.

Secara tidak rasmi, Rapid KL mula menyediakan perkhidmatan perantara sejak 2012, yang mana meliputi perkhidmatan perantara sekeliling litar untuk membawa para peminat ke lokasi tempat duduk masing-masing.

“Sepanjang kolaborasi kami bersama dengan SIC, rata-rata kami menerima respons-respons yang cukup positif. Azam kami bukan saja untuk mengekalkan respons-respons sebegini; tetapi tertekad untuk meningkatkan lagi demi imej Rapid Bus, Prasarana dan juga negara,” katanya. 

Tambang tiket adalah rendah dengan harga untuk perjalanan antara KL Sentral dan KLCC, dan SIC hanya RM20 satu perjalanan dan RM38 untuk tambang pergi balik. Perjalanan antara KLIA2 dan SIC pula adalah hanya RM12 satu perjalanan.

Kata Adi Darma, perkhidmatan perantara ini popular kerana ia memastikan perjalanan penonton adalah selesa dan mudah kerana parkir adalah terhad dan perjalanan bas sentiasa diberi keutamaan dengan laluan-laluan khas disediakan.

“Justeru itu, Jom naik Rapid KL ke Litar Sepang, ianya mudah dan selesa,” tambah beliau.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup