On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID KL BONGKAR KEGIATAN PENYALAHGUNAAN KAD KONSESI
MYRAPID
Friday, 17 November 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 November – Bermula 15 November 2017 Rapid KL telah menjalankan  operasi secara besar-besaran bagi mengesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid dikalangan pengguna rel dan bas.

Pada hari pertama dan kedua operasi, sebanyak 81 kad konsesi yang terdiri daripada  48 kad konsesi pelajar, 31 kad konsesi warga emas dan 2 kad konsesi OKU telah dirampas. 

“Kami mendapati ada pelajar yang telah diperalatkan oleh ahli keluarga mereka untuk  memohon kad konsesi pelajar, namun kad konsesi tersebut disalahgunakan oleh ahli keluarga mereka untuk ulang alik ke tempat kerja,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat juga kes dimana warga emas memberikan kad konsesi mereka kepada ahli  keluarga untuk tujuan yang sama. 

Harus diingatkan bahawa kad konsesi MyRapid tidak boleh dipindah milik seperti mana  tertakluk dalam terma dan syarat. 

“Pasukan pemantau Rapid KL akan memperhebatkan operasi ini sehingga tiada  lagi yang berani melanggar undang-undang.” 

Pengguna yang dikesan menyalahgunakan kad konsesi MyRapid akan disenarai  hitam selain kad mereka akan dirampas. 

Kad konsesi MyRapid ini disediakan khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU),  pelajar dan warga emas untuk menikmati kadar diskaun tambang 50 peratus bagi semua perkhidmatan kendalian Rapid KL. 

Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan  tiket boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung terus menerusi media sosial Rapid KL.

Antara kad konsesi yang dirampas pada operasi mengesan penyalahgunaan kad ini
Antara kad konsesi yang dirampas pada operasi mengesan penyalahgunaan kad ini
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup