MEDIA RELEASES
RAPID FERRY AMBIL ALIH FERI PULAU PINANG ESOK
Monday 30 April 2018
Kuala Lumpur
GEORGETOWN, 30 April – Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diambilalih secara rasmi oleh Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry) mulai esok (1 Mei 2018) daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB), yang mengendalikan operasi dan perkhidmatan berkenaan sejak 1 Januari 1994.
1

Pengambilalihan operasi dan aset oleh Rapid Ferry – sebuah anak syarikat Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), disempurnakan hari ini melalui pemeteraian Perjanjian Pengambilalihan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

Sementara SPPP diwakili oleh Pengerusinya Datuk Tan Teik Cheng dan Pengurus Besar, Tuan Haji Mohamad Puzi Mohamad Nazir, Rapid Ferry pula diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Rafiziee Abdul Rahman dan Encik Megat Khairolazhar Khairodin, yang merupakan Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Kumpulan Prasarana pada pemeteraian perjanjian berkenaan. Pada majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan Penang di sini, SPPP turut memeterai perjanjian dengan PPSB untuk penyerahan aset untuk operasi dan perkhidmatan feri Pulau Pinang kepada suruhanjaya berkenaan.

Pemeteraian kedua-dua perjanjian itu adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia pada 27 September 2017, yang memutuskan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang diambilalih oleh Prasarana sebagai satu inisiatif meningkatkan mutu perkhidmatan dan mentrasformasikan operasi syarikat berkenaan.

Berucap pada majlis berkenaan, Tan menyifatkan pemeteraian perjanjian itu sebagai satu catatan sejarah untuk negeri Pulau Pinang kerana ia menjanjikan satu era baru untuk perkhidmatan feri Pulau Pinang, yang menjadi satu ikon dan legasi negeri berkenaan.

“SPPP yakin dengan pengalaman luar biasa yang dimiliki oleh Prasarana dalam melaksanakan transformasi sistem pengangkutan awam, ia akan menyediakan perkhidmatan yang akan menggembirakan para pelanggan dan perkhidmatan yang lebih sempurna untuk negeri Pulau Pinang. Prasarana dan Rapid Ferry akan melaksanakan program jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang dalam melaksanakan transformasi untuk meningkatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang dan menjadikan perkhidmatan feri sebagai satu kebanggaan negari Pulau Pinang,” kata Tan.

Prasarana dijadualkan mengadakan satu majlis taklimat media pada Sabtu ini (5 Mei) mengenai program transformasi Rapid Ferry.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup