On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
RAPID BUS UMUM LANGKAH PENYUSUNAN SEMULA LALUAN BAS
Monday, 7 December 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 7 Disember - Rapid Bus Sdn. Bhd, yang mengendalikan perkhidmatan bas di Lembah Klang dan Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak, kini melaksanakan penyusunan semula laluan-laluannya bagi mengoptimakan sumber dan aset khususnya dengan pelbagai cabaran dan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.
1

“Langkah penyusunan semula ini akan dilaksanakan secara berperingkat; dan perubahan laluan bas akan dibuat dari masa ke semasa. Para penumpang akan sentiasa dimaklumkan tentang perubahan-perubahan ini,” menurut satu kenyataan Rapid Bus.

Sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus adalah pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara LRT dan MRT, perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting. Secara keseluruhan, ia mengendalikan lebih 400,000 penumpang sehari pada tahun lepas.

Kenyataan itu berkata perubahan-perubahan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kajian teliti terhadap trend data permintaan penumpang dan jumlah penumpang keseluruhan yang kian merosot, terutamanya bagi beberapa laluan yang mengalami kesan penurunan jumlah penumpang yang besar.

“Buat masa ini jumlah keseluruhan penumpang bas bagi semua laluan di bawah Rapid Bus telah susut daripada sekitar 429 ribu penumpang sehari ketika sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac 2020, kepada sekitar hanya 180 ribu penumpang sehari, iaitu penurunan melebihi 58 peratus.

“Rapid Bus menyakinkan para pelanggan bahawa alternatif perjalanan disediakan bagi setiap perubahan,” kata kenyataan itu, yang menambah bahawa dalam perubahan laluan yang
diumumkan sejak 19 November dan berkuat kuasa 1 Disember lepas turut melibatkan penggabungan, penamatan dan penyusunan semula beberapa laluan.

Pengumuman tersebut turut menyertakan maklumat laluan-laluan alternatif bagi laluan-laluan yang telah berubah.

“Rapid Bus seperti juga syarikat-syarikat pengangkutan awam lain, tidak bebas daripada kesan impak Covid-19 yang turut mengurangkan jumlah penumpang dan hasil kutipan secara mendadak sejak pandemik ini bermula.

Oleh itu, salah satu initiatif yang dilakukan adalah menilai semula keseluruhan operasi laluan-laluan kami terutamanya laluan yang mempunyai jumlah penumpang yang terlampau rendah. Kami ingin menekankan bahawa sebelum sebarang keputusan dibuat, kajian yang terperinci akan dilakukan," tambah kenyataan berkenaan.

Pengguna juga dapat menggunakan aplikasi aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk bagi merancang dan mendapatkan maklumat mengenai pilihan alternatif bagi perjalanan mereka.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup