On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Rapid Bus Kemaskini 2 Lagi Laluan Di Bawah Inisiatif Rasionalisasi
Tuesday, 15 December 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 16 Disember - Rapid Bus Sdn. Bhd., anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan operator perkhidmatan bas Rapid KL, hari ini mengumumkan perubahan untuk Laluan T756 dan T221, yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 dan dijangka menjadi peringkat terakhir dalam inisiatif pelaksanaan rasionalisasi laluan-laluan bas kendaliannya.
1

“Sementara Laluan T756 antara Bukit Kemuning, Shah Alam dan Hentian Bandar akan dipendekkan, Laluan 221 antara Stesen LRT Dato' Keramat dan Ampang Point akan ditamatkan sepenuhnya kerana pertindihan dengan laluan lain,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rapid Bus.

Pemendekan Laluan T756 bermakna ia akan bermula daripada Hentian Bandar Seksyen 14 Shah Alam dan berakhir di AEON Big, Bukit Rimau.

“Para penumpang yang ingin meneruskan perjalanan boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma SMART Selangor Laluan SA06 dan SA08 sebagai alternatif ke Canal Garden, Kota Kemuning Business Park, SK Bukit Kemuning, Pangsapuri Sri Kemuning, Pangsapuri Sri Nervilla, Kemuning Greenville, Pusat Perniagaan Kota Kemuning dan Kota Kemuning Hills,” tambah kenyataan itu.

Menerangkan lanjut langkah penstrukturan semula itu, Rapid Bas berkata Laluan T756 mempunyai pertindihan sebanyak 25 peratus dengan perkhidmatan bas percuma SMART Selangor untuk Laluan SA06 dan Laluan SA08.

“Perkhidmatan SA06 (KTM Seksyen 19 - Kota Kemuning) mempunyai kekerapan setiap 30 - 35 minit. Sementara, perkhidmatan SA08 (Stesen LRT Alam Megah - Kota Kemuning) pula mempunyai kekerapan perkhidmatan setiap 30 - 35 minit,” tambah kenyataan itu.

Laluan 221 akan ditamatkan kerana ia bertindih dengan Laluan 220 (Taman Melawati - Lebuh Ampang) dan Laluan 253 (Stesen LRT Wangsa Maju - Ampang Point). Laluan 221 juga adalah bertindih dengan Laluan 220 dari Stesen LRT Dato' Keramat; di samping bertindih juga denga Laluan 253 sepanjang MRR2 ke Ampang Point.

“Para penumpang boleh menggunakan Laluan 220 sebagai alternatif ke hentian LRT Dato’ Keramat, Taman Datuk Keramat, Flat Keramat, Medan Selera Desa Keramat dan GSK. Untuk ke hentian Pusat Akuarium, Kuala Ampang, Ampang Puteri dan Ampang Point, para penumpang boleh menggunakan Laluan 253 dengan membuat pertukaran di hentian Flat Taman Sepakat,” tambah kenyataan itu.

Perkhidmatan Laluan 220 mempunyai kekerapan setiap 20 - 25 minit. Untuk Laluan 253 pula, kekerapan perkhidmatan akan ditingkatkan kepada setiap 35 minit daripada setiap 45 minit sekarang.

“Rapid Bus ingin meyakinkan para pelanggan bahawa alternatif perjalanan disediakan bagi setiap perubahan dan semua perubahan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kajian teliti terhadap trend data permintaan penumpang.

“Untuk memantapkan operasi dan meningkatkan perkhidmatan untuk pengguna, inisiatif Rapid Bus yang berikutnya adalah meneruskan pelaksanaan ‘Hub-and-Spoke’ untuk laluan - laluan utama di koridor Jalan Ipoh, Jalan Pahang dan Lebuhraya Persekutuan. Di samping itu juga, Rapid Bus akan meneruskan inisiatif penjenamaan semua bas perantara LRT di laluan-laluan yang terpilih. Inisiatif ini berupaya menghubungkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan rel ke stesen LRT secara efektif.

“Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, inisiatif pelaksanaan rasionalisasi laluan-laluan bas adalah untuk mengoptimakan sumber ekoran penurunan besar dalam jumlah penumpang ekoran penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

“Jumlah keseluruhan penumpang bas bagi semua laluan di bawah Rapid Bus termasuk Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting telah susut daripada purata sekitar 429 ribu penumpang sehari tahun lepas kepada purata sekitar hanya 180 ribu penumpang sehari, iaitu penurunan melebihi 58 peratus,” tambah kenyataan itu.

Para pengguna boleh menggunakan aplikasi-aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk mendapat info-info terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus untuk membantu mereka merancang perjalanan mereka.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup