On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PUSAT PENUKARAN KAD KONSESI MYRAPID DIBUKA DI STESEN LRT  SUBANG JAYA DAN AWAN BESAR
Thursday, 22 June 2017
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pemegang kad konsesi MyRapid yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya dan pelajar kini boleh menukar kad konsesi mereka di  stesen LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar selain pusat penukaran sedia ada di Hab  Bas Pasar Seni.

Waktu operasi bagi pusat-pusat penukaran kad konsesi MyRapid adalah seperti berikut;

Kami menggalakkan pemegang kad konsesi MyRapid untuk menukar kad mereka di  pusat penukaran yang baru dibuka ini. Inisiatif ini bagi mengurangkan kesesakan di Hab Bas Pasar Seni selain ruang menunggu yang lebih luas dan selesa di stesen LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar. 

Permohonan dan pembaharuan kad konsesi hanya boleh dibuat di kaunter Hab Bas Pasar Seni sahaja. Manakala pusat penukaran di LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar hanya melayani  proses penukaran kad konsesi. 

Nombor giliran akan dikeluarkan sehingga pukul 7malam. Sekiranya waktu menunggu berlarutan sehingga ke lewat petang, pelanggan akan diberi pilihan untuk memungut  kad konsesi mereka pada hari berikutnya. 

Pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah untuk menukar kad konsesi, langkah pertama, dapatkan nombor giliran dan borang Akta Perlindungan Data  Peribadi (PDPA) TnG di kaunter Nombor Satu. 

Langkah kedua, mereka perlu menunggu nombor giliran dipanggil untuk sesi mengambil gambar di kaunter Nombor Dua, diikuti proses mencetak kad konsesi baharu. 

Langkah terakhir adalah untuk membawa kad konsesi yang lama dan baharu ke kaunter Nombor Tiga untuk proses pemindahan baki. 

Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Dapatkan maklumat terkini atau berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan menerusi  platform Facebook myrapid; Twitter @MyRapidKL atau hubungi talian bantuan 03-7885 2585.

Pemegang kad konsesi MyRapid sedang beratur untuk menukar kad mereka di Stesen LRT Subang Jaya
Petugas sedang melayani warga emas yang datang untuk menukar kad konsesi mereka di Stesen LRT Subang Jaya
Petugas Rapid KL sedang melayani proses penukaran kad konsesi MyRapid di Stesen LRT Subang Jaya
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup