On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PUSAT MENUKAR KAD KONSESI MYRAPID DITAMBAH
Wednesday, 21 June 2017
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 21 Jun – Bermula hari ini pemegang kad konsesi MyRapid boleh menukar kad konsesi mereka di pusat penukaran tambahan di Stesen LRT Subang Jaya bagi Laluan Kelana Jaya dan Stesen LRT Awan Besar di Laluan Sri Petaling. Pusat ini dibuka sebagai tambahan kepada pusat sedia ada di Hab Bas Pasar Seni.

Menurut jurucakap Rapid KL, Lim Jin Aun, waktu operasi di ketiga-tiga pusat ini turut dipanjangkan dari jam 7.00pagi hingga 7.00mlm.

Namun pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri terdapat perubahan operasi seperti berikut;

i) Hab Bas Pasar Seni;

       a) 24 Jun 2017 – 26 Jun 2017; waktu operasi bermula 9 pagi – 5 petang

       b) 27 Jun 2017 hingga 15 Julai 2017; waktu operasi bermula 7 pagi – 7 malam

ii) Stesen LRT Subang Jaya dan Awan Besar;

      a) 21 Jun 2017 – 24 Jun 2017; 7 pagi – 7 petang

      b) 25 Jun 2017 – 27 Jun 2017; kaunter ditutup

      c) 27 Jun 2017 hingga 15 Julai 2017; waktu operasi bermula 7pagi – 7 malam

Kaunter tambahan ini hanya menerima proses pertukaran kad konsesi MyRapid sahaja. Permohonan untuk kad konsesi baharu hanya boleh dibuat di kaunter Hab Bas Pasar Seni sahaja.

Sebagai penambahbaikan proses penukaran ini, nombor giliran akan dikeluarkan sehingga pukul 7 malam. Sekiranya waktu menunggu berlarutan sehingga ke lewat petang, pelanggan akan diberi pilihan untuk memungut kad konsesi mereka pada hari berikutnya.

Pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah untuk menukar kad konsesi, langkah pertama, dapatkan nombor giliran dan orang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) TnG di kaunter nombor satu.

Langkah kedua, sila tunggu sehingga no giliran anda dipanggil untuk sesi mengambil gambar di kaunter nombor dua, seterusnya proses mencetak kad konsesi baharu akan dijalankan.

Langkah terakhir sila bawa kad konsesi yang lama dan baharu ke kaunter nombor tiga untuk proses pemindahan baki.

Kami memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Dapatkan maklumat terkini atau berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi platform facebook/twitter MyRapid atau hubungi talian bantuan 03-7885 2585.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup