On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PROJEK TELEKUNG IBADAH RAPID RAIL, BANK MUAMALAT
Sunday, 30 April 2017
KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 3 Mei 2017 – Bergandingan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan operasi rel - hari ini bersama-sama melancarkan Projek Telekung sebagai satu ibadah untuk memudahkan urusan umat Islam yang menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorel Rapid KL. 

Di bawah program berkenaan, Bank Muamalat menyumbang telekung dan kelengkapan solat lain termasuk sejadah, kain pelikat dan tasbih bernilai kira-kira RM10,000 kepada 74 surau di stesen-stesen terpilih LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling serta perkhidmatan monorel.

Sumbangan telekung dan kelengkapan solat itu telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid pada satu majlis yang diadakan di Stesen LRT Masjid Jamek di sini hari ini.  

Berucap pada majlis berkenaan, Ir. Zohari berkata telekung dan segala kelengkapan itu akan diselenggara dan dibersihkan dari masa ke semasa oleh staf dan kakitangan stesen-stesen LRT dan monorel berkenaan. 

“Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Bank Muamalat atas inisiatif ini, yang akan memberi manfaat kepada staf Rapid Rail dan juga sebahagian besar pengguna perkhidmatan LRT dan monorel yang beragama Islam. Semoga Bank Muamalat terus dilimpahkan rezeki untuk terus menjalankan projek-projek amal ini,” kata Ir. Zohari, yang turut mengumumkan inisiatif Rapid Rail untuk menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini. 

Dalam ucapan beliau, Hj. Mohd Redza Syah berkata projek berkenaan adalah komitmen jangka panjang daripada Bank Muamalat sebagai sumbang khidmat sosialnya kepada masyarakat khususnya pengguna perkhidmatan LRT dan monorel. 

“Apa yang disumbangkan oleh kami ini adalah teramat kecil berbanding dengan jasa dan bakti Prasarana dan Rapid Rail dengan menyediakan surau-surau dan tempat solat yang selesa. Sumbang ini adalah hanya ‘a drop in the ocean’ berbanding dengan apa yang anda lakukan,” kata beliau.  

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua pengguna LRT dan monorel dengan penyediaan kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, tasbih, dan kain pelikat untuk kegunaan beribadah” katanya.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup