On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PROJEK SEJAHTERA 2020 UNTUK SEMARAK CINTAKAN NEGARA
Monday, 31 August 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan ‘Projek Sejahtera 2020’ sebagai usaha menyuburkan semangat patriotism dan cintakan negara di kalangan rakyat di samping menghayati kembali prinsip-prinsip Rukun Negara.
1

Bergandingan dengan MRT Corp untuk projek berkenaan dan diadakan di stesen ikonik Merdeka, yang memperagakan elemen-elemen patriotism, para pengunjung stesen berkenaan, secara spontan, bersama-sama membaca kembali ikrar kelima-lima prinsip Rukun Negara, yang diperkenalkan 50 tahun lepas sebagai identiti jati diri rakyat Malaysia.

Bacaan yang diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, diiringi oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim dan para pegawai kanan Kumpulan Prasarana dan MRT Corp yang lain.

Selain meraikan Hari Kemerdekaan, mesej terbesar daripada ‘Projek Sejahtera 2020’ adalah untuk membawa kembali semua rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara, yang sepatutnya menjadi prinsip pegangan hidup setiap seorang yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia.

Stesen MRT Merdeka dipilih kerana keunikannya menyerlahkan kembali semangat Merdeka dan rasa keinsafan terhadap prinsip-prinsip mulia Rukun Negara - Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Selaras dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, program berkenaan turut melibatkan para peniaga yang mendaftar dengan projek ‘Rapid KL Support Lokal’, yang dilancarkan oleh Prasarana untuk membantu para peniaga di sepanjang laluan rel dan bas Rapid KL. Dengan mendaftar di bawah program berkenaan, mereka akan mendapat sokongan publisiti dan promosi secara percuma daripada Prasarana khususnya daripada pasukan media sosial dan Jabatan Hal Ehwal Medianya.

Pada majlis di Stesen MRT Merdeka itu, seramai enam peniaga makanan dijemput untuk memperagakan produk-produk makanan mereka untuk disaji kepada para tetamu khususnya golongan media, yang datang untuk membuat liputan acara berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Prasarana turut mengumumkan inisiatif ‘RAPIDKL FREE CAR BOOT SPACE@LRT’, yang merupakan lanjutan daripada program ‘Rapid KL Support Lokal’ dan susulan daripada pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
ketika mengadakan pertemuan dengan Prasarana pada 28 Jun lepas.

Sebagai permulaan kepada program berkenaan, Prasarana akan membuka lima stesen untuk mereka yang berminat untuk mengadakan perniagaan kecil-kecilan di stesen-stesen LRT Glenmarie, Kelana Jaya, Cempaka, Pudu LRT dan stesen Pandan Indah. Program bermula pada 19 September dan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di kawasan parkir stesen-stesen berkenaan.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup