On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Projek Percubaan Bas Midi Dapat Sokongan YB Menteri
Monday, 21 October 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Penggunaan bas midi untuk laluan-laluan strategik Rapid KL mendapat respons positif daripada Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, yang mengadakan ‘Tinjauan Operasi Bas Mini’ bersama wakil-wakil media hari ini.
1

Bermula dari hentian bas di Stesen LRT Ampang, YB Loke, yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias, menggunakan perkhidmatan bas sokongan atau ‘feeder bus’ Laluan T304, yang membawa rombongan Menteri sekitar kawasan Pandan Indah melalui Jalan Ampang, Taman Kosas dan Bukit Indah Utama.

Bas berkenaan berhenti di Hab Bas Bukit Indah, Ampang di mana YB Loke dibawa pula meninjau laluan-laluan yang lebih mencabar di Laluan T300 yang melalui Jalan Kolam Air Lama, Jalan Wira, Jalan Dedap dan Jalan Bukit Utama sebelum sampai ke Hab Bas Ampang Point di mana beliau diberikan penerangan lanjut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij dan pasukannya mengenai projek percubaan bas midi, yang dilancarkan September lepas.

Di bawah projek percubaan berkenaan, Rapid Bus berusaha untuk mengumpul maklum balas pelanggan dan data sebanyak mungkin untuk dikemukakan kepada pengurusan Prasarana dan seterusnya kepada kementerian tentang cadangan menggunakan bas bersaiz lebih kecil untuk laluan-laluan tempatan yang strategik untuk meningkatkan keselesaan penumpang dan mengoptimakan kos operasi.

Tinjauan Menteri diteruskan untuk perkhidmatan bas sokongan T784 dari Stesen LRT Taman Bahagia ke Damansara Utama, yang hari ini menggunakan bas midi ‘Poncho’, yang dipinjamkan oleh HINO Malaysia kepada Rapid Bus untuk projek percubaan berkenaan. Bas mesra OKU dengan ruang khas untuk kerusi roda, bas sepanjang 8 meter ini digunakan dengan meluas di Jepun dan Australia.

Bercakap kepada wartawan di Stesen LRT Taman Bahagia, YB Loke menyuarakan rasa puas hati dengan projek percubaan yang dijalankan oleh Rapid Bus dan bersetuju dengan impak positif yang dihasilkan daripada eksperimen berkenaan termasuk peningkatan dalam jumlah penumpang.

Menurut beliau, kaji selidik oleh Rapid KL menunjukkan bahawa ramai penumpang menyokong penggunaan bas bersaiz lebih kecil ini di laluan-laluan sokongan atau ‘feeder routes’ kerana laluan-laluan yang sempit dan kerap terhalang oleh kenderaan-kenderaan yang dipakir di bahu jalan. Kajiselidik berkenaan turut menunjukkan bahawa bas midi mampu perkhidmatan yang lebih efisien, cepat dan lebih mudah untuk dikendalikan, tambah beliau.

Justeru itu, kata YB Loke, kerajaan akan membuat kajian mengenai cara untuk untuk memperluaskan perkhidmatan bas bersaiz kecil ini di laluan-laluan ‘feeder’ yang sesuai sementara laluan-laluan utama akan terus menggunakan bas-bas biasa sepanjang 12 meter dan 10 meter.

Mengulas tinjauan operasi bas mini hari ini, Encik Muhammad Yazurin merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Menteri atas keperihatinan dan sokongan beliau terhadap inisiatif-inisiatif yang dijalankan Rapid Bus untuk memantapkan lagi operasi dan perkhidmatan bas untuk orang ramai.

“Kita amat berbesar hati YB Menteri menyantuni kita dan ingin tahu dengan lebih dekat percubaan-percubaan yang kita buat. Kehadiran dan sokongan beliau tentunya menguatkan lagi semangat dan komitmen kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kami. Pertemuan dengan YB Menteri memberi peluang untuk kami berkongsi kejayaan projek percubaan kami kita setakat ini dan menyuarakan cadangan-cadangan akan datang.

“Ianya penting kerana untuk melaksanakan program-program yang kita cadangkan, kita mungkin perlu membuat beberapa perubahan dari segi rangka kerja perundangan. Selain isu bas midi, kami juga berpeluang berkongsi masalah-masalah operasi yang kami hadapi seperti hab-hab bas yang memerlukan penambahbaikan oleh pihak Majlis. Kerana itu, peluang berbincang sementara tinjauan YB Menteri ini amat produktif buat kamu,” kata Muhammad Yazurin.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup