On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘BUKA PUASA UNTUK HERO’
Wednesday, 29 Mei 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Menghargai warga kota yang bekerja hingga lewat petang dan kemungkinan tidak sempat berbuka puasa bersama keluarga, Nasi Lemak Saleha Sdn. Bhd dengan kerjasama Foodpanda Malaysia dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengadakan satu program khas bagi menghargai pengorbanan golongan yang mereka julang sebagai ‘hero’.
1

Diadakan di Stesen LRT Pasar Seni semalam (28 Mei), program khidmat masyarakat ‘Buka Puasa Untuk Hero’ menyaksikan 1,000 pek istimewa Nasi Lemak Saleha diagihkan kepada para pengguna LRT stesen berkenaan, yang merupakan antara stesen LRT paling sibuk kerana berhubung dengan rangkaian MRT Laluan Sungai Buloh Kajang. Selesai pengedaran juadah berbuka puasa, ia disusuli pula dengan majlis iftar untuk 15 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Asnaf, yang turut diadakan di kawasan stesen berkenaan.

Berucap pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Nasi Lemak Saleha Sdn Bhd, Puan Saleha Abdullah berkata pihaknya perihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh golongan pekerja yang bekerja keras setiap hari dan tidak sempat menyediakan atau menikmati juadah berbuka puasa dengan sempurna bersama orang yang tersayang.

Di samping itu, kata Puan Saleha, majlis berkenaan adalah untuk mengumumkan kerjasama dengan Prasarana dan Foodpanda Malaysia serta sebagai pengenalan kepada para pengguna LRT mengenai kehadiran kiosk Nasi Lemak Saleha, yang akan disokong dengan perkhidmatan penghantaran FoodPanda Malaysia untuk kemudahan para pelanggan.

“Buat permulaan, stesen LRT Pasar Seni telah dipilih sebagai tempat pertama pembukaan, diikuti dengan Wangsa Maju, Maluri dan stesen Ampang untuk fasa pertama. Insya Allah, pada masa hadapan, kita akan memasuki pula stesen-stesen Subang Jaya dan Putra Heights. Pastinya, dengan gandingan Prasarana dan FoodPanda Malaysia ini, lebih ramai orang akan dapat menikmati juadah Nasi Lemak Saleha,” kata Saleha.

Nasi Lemak Saleha kini beroperasi dengan dua cawangan di Sri Rampai dan Ampang, yang beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 1 pagi tengah malam. Nasi Lemak Saleha juga turut menyediakan pelbagai juadah tradisonal seperti lontong, rendang ayam, sambal sotong dan pelbagai lagi.

Mengalu-alukan kerjasama dengan Nasi Lemak Saleha dan FoodPanda Malaysia, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Encik Ang Yoke Kee berharap untuk terus memantapkan lagi kolaborasi berkenaan dan juga badan-badan korporat lain untuk meningkatkan elemen-elemen keselesaan, keceriaan dan kemudahan kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana khususnya para pengguna LRT, MRT dan monorel.

Menurut beliau, Prasarana sebenarnya mempunyai banyak lagi perancangan untuk meningkatkan aktiviti komersial; bukan saja di stesen-stesen dan hab-hab bas tetapi untuk semua aset-aset milik Prasarana termasuk hartanah dan juga transformasi digital selaras dengan misi untuk memperkasakan penjanaan hasil daripada sektor bukan tambang.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup