On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Prasarana, Scomi Transit Project Meterai Perjanjian Peroleh, Baikpulih Tren Monorel
Thursday, 4 April 2019
Kuala Lumpur
RAWANG, 4 April – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Scomi Transit Project Sdn Bhd (STP) hari ini menandatangani perjanjian untuk memperoleh 7 set tren 4-gerabak baharu untuk Rapid KL Laluan Monorel dan membaik pulih 5 set tren 4-gerabak, yang telah diberhentikan perkhidmatan sejak Januari 2018 atas faktor keselamatan penumpang.
1

Disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook, perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Mohamed Hazlan Mohamed Hussain manakala STP diwakili oleh Encik Sammy Tse Kwok Fai, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group Berhad.

Berlangsung di Scomi Engineering, Technology & Innovation Centre, Rawang, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Dato’ Soam Heng Choon.

Dalam perjanjian ini, keutamaan adalah untuk membaikpulih 5 set tren 4-gerabak yang kini berada di Depoh Monorel di Brickfields dengan sasaran untuk tiga tren pertama disiapkan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh bermulanya kerja-kerja fizikal dan dua tren lagi dalam tempoh enam bulan daripada bermulanya kerja-kerja baikpulih. Proses perolehan tujuh set tren baharu, yang akan dibina oleh STP di kilangnya di sini, tertakluk kepada hasil penilaian prestasi kelima-lima set tren 4-gerabak yang dibaikpulih.

Di bawah ‘Kuala Lumpur Fleet Monorail Expansion Project’ 2011, Prasarana dan STP bersetuju untuk perolehan 12 set tren 4-gerabak di samping pembinaan depoh baharu dan menaik-taraf fasiliti di stesen-stesen monorel. Lima daripada 12 set tren berkenaan telah dihantar kepada Prasarana antara tahun 2012 dan 2013. Kelima-lima tren berkenaan, bagaimanapun, telah digantung perkhidmatan selama enam bulan antara bulan Mei dan November 2017 sebelum diberhentikan sehingga sekarang sejak Januari 2018 kerana atas kebimbangan pihak Prasarana terhadap aspek keselamatan untuk penumpang dan orang awam.

Dirasmikan pada 31 Ogos 2003 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan operasi 12 tren 2-gerabak, perkhidmatan Monorel, yang dikendalikan oleh anak syarikat Prasarana – Rapid Rail Sdn Bhd, menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang penting untuk perjalanan di pusat bandar khususnya di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Ketika beroperasi penuh dengan 5 set tren 4-gerabak dan 5 set tren 2-gerabak pada tahun 2015, jumlah penumpang harian atau ‘daily ridership’ bagi perkhidmatan Monorel melepasi 71,000 penumpang sehari. Kini, apabila beroperasi dengan 5 tren 2-gerabak, jumlah penumpang menurun kepada sekitar 30,000 penumpang sehari.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup