On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Prasarana Puas Hati Kemajuan Projek LRT3
Monday, 29 March 2021

Kuala Lumpur

SAUJANA PUTRA, 29 Mac– Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan projek LRT Laluan 3 (LRT3) bersama-sama dengan kontraktor utama MRCB-GK dan menyatakan rasa puas hati dengan kerja-kerja yang dilaksanakan khususnya dalam memastikan kesejahteraan pekerja bagi menangani penularan wabak COVID-19 dan program khas membantu banduan-banduan.

1

Diiringi oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Hjh. Norlia Noah dan Timbalan Ketua Projek LRT3 Prasarana, Encik Mohd Lokman Hamid pada program berkenaan, Dato’ Sri Tajuddin membuat tinjauan terhadap fasiliti tempat tinggal pekerja asing di ‘Centralised Labour Quarters’ LRT3 ( CLQ ) di Johan Setia, Klang dan di pusat pengacuan dan pembinaaan ‘Casting Yard’ di Bandar Saujana Putra, yang mana mengendalikan kerja-kerja pembinaan pepalang ‘U-Through Girder’ untuk trek LRT3.

Sepanjang lawatan berkenaan, Dato’ Sri Tajuddin telah diberikan perkembangan semasa dan butiran terkini tentang projek berkenaan oleh MRCB-GK, yang diketuai oleh Pengerusi MRCB-GK Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dan diiringi oleh Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan dan Pengarah Projek MRCBGK, Encik Patrick Hwang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dato’ Sri Tajuddin merakamkan ucapan penghargaan kepada MRCBGK kerana menganjurkan program lawatan kerja berkenaan dan menyatakan rasa puas hati beliau dengan perkembangan projek, yang beliau sifatkan amat penting untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat; dan pelaksanaan agenda transformasi perkhidmatan pengangkutan ‘The Greater Klang Valley’.

“Syukur, Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan kekangan kerana pandemik COVID-19 dan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sejak awal tahun lepas, projek ini tetap berjalan lancar. Sehingga 28 Februari 2021, sebanyak 49.22 peratus projek sudah disiapkan. Dan, kita adalah ‘on-track’ untuk menyiapkan projek ini menjelang 28 Februari 2024.

“Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kerana MRCB-GK atas dedikasi dan komitmen mereka untuk menjayakan projek ini, yang sememangnya amat penting dalam transformasi sistem pengangkutan awam negara. Projek LRT3 ini bukan saja akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dari Kuala Lumpur ke Klang; tetapi juga mempunyai ‘integration’(kesinambungan) dengan Laluan MRT dan LRT Laluan Kelana Jaya,” tambah Dato’ Sri Tajuddin, yang cukup kagum dengan program PEKA atau ‘Peluang Kedua Anda’, yang diperkenalkan oleh MRCB untuk manfaat banduan-banduan terpilih.

Di bawah program berkenaan, seramai 34 banduan dari Rumah Transisi Industri - Penjara Sungai Buloh ditawarkan untuk bekerja bersama-sama kontraktor MRCB bagi menyumbang tenaga kepada pembinaan projek nasional, yang merupakan rangkaian aliran transit ringan sepanjang 37km untuk menghubungkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan Klang dan Shah Alam.

“Bagi saya, ini adalah sesuatu yang amat hebat kerana kita memberi peluang kedua kepada banduan-banduan ini dengan memberikan kerja-kerja yang sesuai. Tentunya, sesuatu yang mungkin boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat korporat lain,” tambah Tajuddin.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup