On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PRASARANA PERMANTAPKAN PERAKUAN BERSUMPAH UNTUK PERKASA INTEGRITI
Monday, 20 November 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 20 November – Selaras dengan aspirasi memperkasakan integriti dalam urusan dan operasinya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperketatkan lagi proses dan prosedur dalam pentadbirannya di samping memantapkan Perakuan Bersumpah kepada vendor dan pembekal.

Perakuan Bersumpah, yang perlu ditandatagani oleh semua vendor dan pembekal yang berurusan dengan Prasarana dan anak-anak syarikatnya, memperuntukkan syarat yang membolehkan tindakan mahkamah boleh diambil jika berlaku kesalahan di samping syarikat berkenaan disenarai-hitamkan.

Mengumumkan inisiatif-inisiatif ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz berkata para vendor dan pembekal turut disyaratkan untuk menghadiri Taklimat Integriti sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan mereka benar-benar mengerti hasrat di sebalik penandatangani Perakuan berkenaan dan program keseluruhan integriti Kumpulan berkenaan. 

Berucap melancarkan Bulan Integriti 2017 & Ikrar Bebas Rasuah Prasarana, Dato’ Sri Azmi turut memaklumkan mengenai pembentukan jawatankuasa bertindak dengan keanggotaan daripada pelbagai jabatan dalam Kumpulan berkenaan untuk mengesan pembaziran dalam perolehan dan menyekat pembayaran yang serta tidak sah.

Di kalangan para pegawai dan kakitangan Kumpulan Prasarana pula, mereka disyaratkan untuk membuat pengisytiharan untuk apa juga percutian luar negara bagi mengesahkan bahawa segala kos percutian berkenaan ditanggung sendiri dan bukan oleh mana-mana pihak ketiga.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan para pegawai tinggi suruhanjaya berkenaan, Dato’ Sri Azmi turut memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama dengan anggota Barisan Kepimpinan Kanan Prasarana, staf dan kakitangan serta vendor-vendor dan syarikat-syarikat pembekal.

Ikrar berkenaan, antara lain, menzahirkan janji untuk bersama-sama mematuhi segala perundangan, peraturan, prosedur dan dasar yang berkaitan dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di samping sentiasa bekerjasama dengan SPRM.

Mereka juga berikrar untuk membenci dan menolak apa juga bentuk jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan mengaku tidak akan terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan kegiatan rasuah.

Melalui ikrar berkenaan, mereka turut berjanji akan memastikan semua staf di bawah mereka akan bebas daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan mereka akan melaporkan kepada SPRM sebarang kegiatan jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Objektif Bulan Integriti 2017 & Ikrar Bebas Rasuah Prasarana iaitu untuk menjadikan Integriti sebagai Budaya Warga Kerja Kumpulan Prasarana serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti dan meningkatkan kesedaran tentang integriti di kalangan semua staf dan kakitangan.   

“Ikrar Bebas Rasuah ini adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM bagi memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama berkhidmat di organisasi tersebut.

“Prasarana amat menyokong sepenuhnya inisiatif SPRM ini dan memberi komitmen bagi Ikrar Bebas Rasuah ini,” tegas Dato’ Sri Azmi, yang turut menyeru semua warga kerja Kumpulan Prasarana untuk sentiasa memperbaharui iltizam dan kesungguhan bekerja serta menyokong hasrat Syarikat membudayakan integriti dalam perkhidmatannya.

Para vendor dan pembekal pula diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Kumpulan Prasarana, yang komited inginkan urusan yang bebas daripada gejala rasuah.

Berucap pada majlis itu, Tan Sri Dzulkifli menegaskan tentang pentingnya untuk setiap rakyat Malaysia memberikan komitmen penuh dalam menyokong aspirasi SPRM untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata setiap rakyat tidak boleh memandang remeh terhadap apa jua bentuk gejala dan sentiasa mengamalkan ‘Prinsip 3 J’ untuk menjayakan misi berkenaan.

Prinsip 3 J adalah ‘Jangan Hulur; Jangan Kawtim; dan Jangan ‘Settle’.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup