On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PRASARANA PANJANGKAN OPERASI WAKTU PUNCAK UNTUK PASTIKAN PENJARAKAN SOSIAL
Friday, 1 May 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 1 Mei – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – pengendali perkhidmatan rel urban dan bas henti-henti di Lembah Klang dan negeri-negeri lain serta perkhidmatan Rapid Ferry, akan beroperasi mengikut waktu normal daripada pukul 6 pagi sehingga tengah malam mulai Isnin ini.
1

Langkah ini diambil susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, yang menyatakan keputusan Kerajaan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat mulai 4 Mei; tetapi dengan operasi yang tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur ketat bagi memastikan usaha mencegah penularan wabak COVID-19 terus diperkasakan.

“Selaras dengan itu, bagi menggalakkan penjarakan sosial di dalam tren dan bas, perjalanan waktu puncak dipanjangkan daripada 7 pagi hingga 11 pagi untuk waktu puncak pagi; dan antara pukul 4 petang hingga 7 malam untuk waktu puncak petang bagi semua perkhidmatan. Ini bermakna kekerapan tren yang lebih tinggi pada waktu-waktu ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Encik Muhammad Nizam Alias dalam satu kenyataan hari ini.

Kekerapan waktu puncak pagi dan petang untuk LRT Laluan Kelana Jaya adalah 3 minit; manakala untuk LRT Laluan Ampang/Sri Petaling adalah 6 minit. Perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang pula mempunyai kekerapan waktu puncak 4 minit manakala perkhidmatan monorel pula beroperasi dengan kekerapan 6 minit.

Tambah Encik Muhammad Nizam: “Di samping itu, kami akan meletakkan staf tambahan untuk mengawal penumpang di pintu masuk stesen dan di platform bagi memastikan penjarakan sosial di dalam tren. Tentunya, ini adalah sesuatu yang amat mencabar. Jadi, kami memohon agar semua penumpang memberikan kerjasama rapat dengan staf kami dalam menjalankan tugas mereka.

“Kuasa untuk meneruskan usaha memutus rantaian penularan COVID-19 adalah di tangan orang ramai dan para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Anda mesti bersedia melakukan penjarakan sosial secara sukarela dan menyokong satu sama lain. Tren dan bas akan mempunyai tanda-tanda khas untuk membantu urusan penjarakan sosial dalam bas dan tren. Kita jaga kita,” kata Encik Muhammad Nizam, sambil menambah kata untuk mendapatkan jarak yang sesuai bagi penjarakan sosial adalah untuk tren menampung hanya 50 peratus penumpang daripada kapasiti penuh untuk rel dan 30 peratus untuk bas.

Encik Muhammad Nizam menasihatkan para penumpang rel, bas dan feri untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung di samping mengamalkan penjagaan kesihatan peribadi khususnya mencuci tangan dengan cecari pembasmi kuman atau ‘hand sanitisers’, yang akan diletakkan di semua stesen-stesen tren LRT, MRT, monorel dan BRT, hab-hab bas dan pangkalan-pangkalan feri.

“Kerja-kerja membasmi kuman di stesen-stesen dan hab-hab bas; serta di dalam tren dan bas-bas kendalian Prasarana dan juga feri akan diteruskan secara gigih seperti masa-masa lepas. Staf-staf yang bertugas khususnya Kapten-kapten bas, anggota Polis Bantuan dan staf-staf stesen akan turut diperiksa suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memulakan kerja masing-masing. Tetapi, seperti saya nyatakan, apa jua usaha daripada kami di Prasarana tidak akan berhasil untuk mencegah wabak COVID-19 ini tanpa kerjasama penuh daripada semua para pelanggan setia kami. Kita perlu bergandingan tenaga untuk memastikan kita menang,” tambah Encik Muhammad Nizam.

Maklumat penuh mengenai jadual perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana boleh didapati daripada laman-laman media sosial di Facebook @myrapid, Twitter @MyRapidKL atau menerusi talian 03-78852585.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup