MEDIA RELEASES
PRASARANA MENGORAK LANGKAH KEMBANG SAYAP KE INDONESIA
Monday,17 April 2017
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 17 April 2017 – Prasarana Malaysia Berhad mula mengorak langkah untuk mengembang sayap operasi ke Indonesia melalui program kolaborasi dengan operator-operator rel di republik itu yang diusahakan oleh anak syarikatnya, Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME).

Langkah signifikan pertama itu tercatat hari ini dengan penandaatangani perjanjian latihan antara PRIME dan Akademi Perkeretaapian Indonesia (API), yang merupakan institusi bertanggungjawab untuk penyediaan latihan bagi tenaga mahir dalam industri rel di republik berkenaan.

Diadakan di ibupejabat korporat Prasarana di Menara UOA Bangsar, perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Puan Masnizam Hisham dengan API diwakili oleh Pengarah Presidennya, Dedy Cahyadi dengan disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz.  

Perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah susulan kepada adalah susulan kepada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada bulan Oktober tahun lepas di Jakarta, Indonesia di mana Prasarana dan API bersetuju untuk bertukar maklumat, pengetahuan, kepakaran teknikal dan operasi dalam bidang rel. 

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Dato’ Sri Azmi menyifatkan kolaborasi antara Prasarana dan rakan-rakan rel dari Republik Indonesia itu sebagai sesuatu yang tidak ternilai dan tidak dapat diukur dengan nilai dengan ringgit mahupun rupiah.  

“Tidak ternilai,” itulah komen ringkas Dato’ Sri Azmi ketika menjawab soalan wartawan mengenai nilai kontrak perjanjian antara PRIME dan API untuk program latihan pemandu dan penyelia tren MRT Jakarta itu. 

Katanya, kerjasama itu tidak boleh dikira dengan nilai ringgit kerana ianya adalah sesuatu yang terlalu berharga. Tiada tanda harga boleh diletakkan dalam sesuatu usaha untuk menaikkan martabat ‘bangsa serumpun’ seperti Malaysia dan Indonesia. 

Berucap pada majlis pemeteraian perjanjian berkenaan, Dato’ Sri Azmi berkata kerjasama antara Prasarana bersama API dan MRT Jakarta itu adalah satu lagi jejak pertemuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatul rahim dan kerjasama serumpun antara Malaysia dan Indonesia. 

“Prasarana dan PRIME amat berbangga untuk menghulurkan jalinan kerjasama ini, yang bakal memanfaatkan kedua-dua pihak,” kata Dato’ Sri Azmi, yang yakin bahawa kolaborasi itu adalah berkembang untuk meliputi bidang-bidang lain khususnya di bidang pembangunan industi rel. 

“Apa yang ditandatangani hari ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu ‘service agreement’ (perjanjian perkhidmatan); tetapi berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan serumpun untuk bersama-sama meningkatkan tahap masing-masing untuk menjadi bangsa yang yang cemerlang,” kata Dato’ Sri Azmi. 

Menyambut pandangan itu, Bapak Zulmafendi Bachtiar, Kepala Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia Perhubungan Darat, Republik Indonesia berkata pihaknya amat tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dato’ Sri Azmi dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Prasarana untuk projek-projek rel lain di Indonesia. 

Katanya, pentadbiran Presiden Jokowi sememangnya meletakkan pembangunan infrastruktur rel sebagai satu prioriti dalam program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Indonesia dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.   

Menurut Bapak Zulmafendi, selain projek MRT Jakarta, Indonesia turut merancangan infrastrukur perkhidmatan aliran transit ringan di enam kota besar lain dan sembilan daerah metropolitan di republik itu. 

Katanya, selepas mendengar ucapan daripada Dato’ Sri Azmi, beliau merasakan bahawa Prasarana adalah rakan yang paling sesuai untuk menyokong usaha pembangunan rel di Indonesia selaras dengan konsep kolaborasi bangsa serumpun Malaysia – Indonesia. 

Di bawah perjanjian hari ini, seramai 10 orang pemandu tren MRT Jakarta akan mengikuti latihan, yang dikendalikan oleh Akademi Rel, Rapid Rail – yang merupakan anak syarikat Prasarana tren mengikuti latihan di Akademi Rel sebelum disusuli oleh kumpulan-kumpulan lain di samping peluang menambah kerjasama di bidang-bidang lain untuk manfaat kedua-dua pihak. Mereka akan disusuli oleh kumpulan-kumpulan lain di samping peluang menambah kerjasama di bidang-bidang lain untuk manfaat kedua-dua pihak. 

Secara keseluruhan, Akademi Rel akan melatih 78 pemandu tren dan 20 penyelia Pusat Operasi Kawalan (Operation Control Centre) MRT Jakarta dalam enam 6 kumpulan daripada sekarang sehingga pertengahan tahun 2018. 

Selain projek MRT Jakarta, yang dijangka memulakan operasi pada 2019, PRIME turut meletakkan sasaran untuk menyediakan program latihan untuk PT KAI (Keretapi Indonesia), yang akan mengendalikan operasi LRT Jakarta (Greater Jakarta) dan LRT Palembang; dan PT Jakpro untuk LRT Jakarta – DKI, Jakarta. 

Selain pasaran Indonesia, PRIME turut meninjau peluang bisnes dalam projek-projek rel di India, Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di samping pembangunan sistem pengangkutan bas di Abu Dhabi, UAE dan Brunei Darussalam.  

PRIME turut memberi fokus dalam usaha menyambut kontrak penyelenggaraan dan operasi perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line, Makkah, yang memasuki tahun ketiga pada 2017 ini. 

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup