On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PRASARANA HASIL VIDEO RAYA MEMBELA GOLONGAN AUTISME
Friday, 24 Mei 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 24 Mei – Prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan autisme dan selaras dengan visinya ‘Connectivity and Mobility for All’, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaparkan cabaran dalam kehidupan dua beradik dalam satu video khas yang dikeluarkan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
1

Berjudul ‘Songkok’ dan berkisar tentang seorang anak muda autisme bernama Yusof, yang kehilangan kedua-dua ibubapa beliau akibat satu kemalangan jalan raya dan terpaksa dijaga oleh kakaknya. Dilakonkan oleh artis terkenal, Risteena Munim, si kakak menghadapi pelbagai dugaan dalam menangani tabiat Yusof, lakonan Izzy Zulkhazreef Zulkefli, yang amat obses dengan songkoknya.

Berucap pada majlis memperkenalkan video berkenaan dan tenaga kerja di belakang produksinya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata penerbitan video berkenaan adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan susulan kepada video ‘Chopstick’, yang dikeluarkan akhir Januari bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Selepas produksi video berjudul ‘Chopstick’ bersempena perayaan Tahun Baru Cina awal tahun ini, Prasarana meneruskan trend ini melalui penghasilan video untuk Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tujuan penerbitan video-video khas ini adalah sebagai salah satu strategi untuk memperkenalkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam yang didokong oleh Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya.

“Ini, sekali gus, menjadi tarikan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan sistem pengangkutan awam selaras dengan aspirasi Kerajaan. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama Kumpulan Prasarana dan visi syarikat iaitu ‘Connectivity and Mobility for All’,” kata Dato’ Mohamed Hazlan pada majlis berbuka puasa, yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Sementara video ‘Chopstick’ bermesejkan hubungan kekeluargaan dan semangat saling hormat menghormati, ‘Songkok’ pula memaparkan mesej yang lebih mendalam mengenai cabaran kehidupan yang dihadapi oleh golongan autisme, yang juga merupakan antara pengguna setia perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.

“Kami berharap dengan paparan kisah Yusof, yang dibesarkan oleh kakaknya kerana ketiadaan kedua ibu bapa mereka akan membuka mata dan minda masyarakat khususnya apabila berinteraksi dengan anak-anak autisme dan golongan istimewa ketika menggunakan pengangkutan awam,” tambah beliau.

Diarah oleh pengarah muda Ahmad Amsyar Emir bin Ahmad Fikri Emir, pembikinan video sepanjang 5 minit 35 saat itu turut dibantu oleh aktivis autisme, Datin Hasnah Abdul Rahman, yang juga seorang ibu kepada dua anak autism, Ziqri dan Aidel. Bertindak sebagai penasihat, beliau memberikan input-input bernas khususnya untuk membantu Izzy Zulkhazreef untuk menjiwai watak Yusof.

Berucap pada majlis berkenaan, Datin Hasnah merakamkan ucapan terima kasih kepada Prasarana kerana mengambil insiatif ini, yang beliau lihat sebagai satu langkah yang amat signifikan dalam perjuangan beliau dan rakan-rakannya di Inclusive Outdoor Classroom (IOC) dalam meningkatkan kesedaran tentang autisme.

“Bagi pihak semua ibubapa yang dah diberi keistimewaan untuk menjaga anak-anak autisme kami, saya amat berbesar hati bila diberitahu yang pihak Prasarana akan menghasilkan video Hari Raya di mana subjek tengahnya adalah seorang anak muda autisme.

“Prasarana, sebagai sebuah badan korporat, telah melakukan sesuatu yang banyak organisasi gagal lakukan. YBhg Dato’, anda dan pasukan anda telah memberikan sentuhan kemanusiaan kepada satu subjek yang kebanyakan orang sukar untuk fahami dan tidak berani untuk terokai. Terima kasih kerana membantu meningkatkan kesedaran, pemahaman dan sokongan kepada individu-individu dengan autisme dan keluarga mereka harungi sepanjang masa setiap hari,” kata Datin Hasnah.

Video istimewa ini boleh ditonton di laman sosial Youtube Prasarana dan Facebook Rapid KL pada pautan:
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup