On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Prasarana Dianugerah Kontrak Kendali Semua Laluan Bas Go KL
Monday, 8 July 2019
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terus diberikan kepercayaan untuk mengendalikan perkhidmatan bas percuma Go KL apabila anak syarikatnya, Rapid Bus Sdn Bhd dan pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, dianugerahkan kontrak bagi mengendalikan semua laluan bas berkenaan.
1

Berkuatkuasa pada 31 Ogos ini, kontrak untuk tempoh satu tahun daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu melayakkan Rapid Bus untuk mengendalikan enam laluan Go KL; iaitu Laluan Hijau (Green Line) antara Suria KLCC dan Bukit Bintang; Laluan Ungu (Purple Line) antara Hab Pasar Seni dan Bukit Bintang; Laluan Biru (Blue Line) antara Hab Titiwangsa dan Bukit Bintang; Laluan Merah (Red Line) antara Hab Titiwangsa dan KL Sentral menerusi Dataran Merdeka; Laluan Jingga (Orange Line) antara Hab Titiwangsa dan MINDEF; dan Laluan Merah Jambu antara LRT Universiti dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Bangsar.

“Prasarana ingin merakamkan penghargaan kepada DBKL atas kepercayaan yang diberikan kepada kami khususnya Rapid Bus untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan mengendalikan enam laluan yang penting untuk meningkatkan mobiliti di kawasan Lembah Klang khususnya di pusat bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri.

“Ini adalah satu pengiktirafan yang tinggi untuk Prasarana khususnya Rapid Bus. Kami akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada para pelanggan selaras dengan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Encik Muhammad Nizam Alias dalam satu kenyataan hari ini.

Rapid KL mula mengendalikan perkhidmatan Go KL untuk Laluan Ungu dan Hijau ketika perkhidmatan bas percuma itu mula diperkenalkan pada 1 September 2012. Ia mengambil alih Laluan Merah dan Biru pada 1 Mei 2014 sebelum diberikan kontrak mengendalikan Laluan Jingga pada 28 Februari lepas dan Laluan Merah Jambu pada 1 April 2019.

Diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), inisiatif perkhidmatan bas Go KL kini diletakkan di bawah DBKL selepas suruhanjaya berkenaan dibubarkan dan digantikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat, satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

Selain GO KL, Rapid Bus turut mengendalikan perkhidmatan bas percuma Petaling Jaya City Bus dan perkhidmatan bas SMART Selangor.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup