On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PRASARANA DAN KBS MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN LAHIR TENAGA MAHIR
Friday, 4 October 2019
Pulau Pinang
PULAU PINANG, 4 Oktober – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengadakan majlis pertukaran memorandum persefahaman untuk meningkatkan lagi kerjasama bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran tinggi agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai tenaga mahir sebanyak 35 peratus menjelang tahun depan.
1

Diadakan di MSOGO Prangin Mall, memorandum persefahaman yang memberi penekanan terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memperbaharui dan mempermantapkan gandingan kerjasama yang telah ditandatangani antara kedua-dua pihak pada 16 Mei 2016 lepas.


Pertukaran dokumen memorandum persefahaman dilaksanakan oleh Ketua Pusat Kecemerlangan Prasarana (PACE), Encik Abdul Rahim Musa bersama Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Ir. Dr. Hjh. Aziyati Yusoff dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias.


Selain meneruskan kerjasama yang sedia ada, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengembangkan skop kolabarasi untuk meliputi penganjuran program ‘bootcamp’ bagi para pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Prasarana Centre of Excellence (PACE), yang mana di akhir program berkenaan akan melayakkan mereka untuk menerima ‘Professional Certificate in Railway System’. Program ‘bootcamp’ untuk Juruteknik Penyelenggaraan Rel ini akan berlangsung selama dua bulan dan dibuka untuk para pelajar ILKBS yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dari bidang automotif, elektrik, elektronik dan mekanikal.


Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk merangka program menyiapkan para pelajar untuk alam pekerjaan sebenar ataupun ‘Industry Ready Programme’ untuk para pelajar tahun akhir, yang
akan dijalankan di fasiliti PACE. Antara elemen yang akan ditekankan dalam program pembelajaran selama 14 hari tersebut adalah aspek keyakinan diri; komunikasi dalam Bahasa Inggeris; pembentukan personaliti dan karektor, penampilan diri, persediaan menghadapi temuduga, dan pendedahan kepada suasana dan operasi pekerjaan sebenar.


Program-program yang akan diwarisi daripada memorandum lepas dan diteruskan termasuk perlaksanaan Program Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Penyelenggaraan Bas Elektrik, Program ‘bootcamp kapten bas’ intensif selama 3 bulan di PACE dan peningkatan kemahiran tenaga pengajar dan pelajar melalui Program Latihan Sangkutan Industri dan ‘Train The Trainer’.


Berucap pada majlis berkenaan, Encik Abdul Rahim Musa merakamkan ucapan terima kasih kepada KBS, yang menjadi rakan kongsi utama untuk Prasarana dan PACE selaras dengan aspirasi untuk mengembangkan lagi saiz atau ‘pool’ bakat-bakat kemahiran di dalam industri pengangkutan awam.


“Bagi mencapai matlamat ini, Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional adalah strategi dan pendekatan terbaik dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi khususnya di kalangan belia. Menyahut cabaran ini, Prasarana melaksanakan transformasi dalam program latihan dan pembangunan modal insan dengan meletakkan kedua-dua akademinya di bawah satu bumbung dan diletakkan KPI-KPI baru di bawah naungan PACE,” kata Abdul Rahim.


Majlis berkenan telah disusuli dengan sesi kedua Majlis Konvokesyen 2018 di mana 41 staf Prasarana yang berkemahiran akan menerima sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia mengikut bidang yang diambil seperti bidang operasi pemanduan bas, servis dan penyelenggaraan kenderaan perdagangan dan eksekutif automatif untuk servis selepas jualan.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup