Pada sesi taklimat yang diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Hjh Norlia Noah, Senator Ras Adiba, yang juga pengasas Persatuan OKU Sentral, turut berkongsi idea tentang pelbagai inisiatif untuk memantapkan lagi operasi dan perkhidmatan untuk membantu dan menggalakkan lebih ramai lagi golongan kurang upaya menggunakan perkhidmatan tren dan bas awam.
Senator Ras Adiba, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), turut meninjau kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU di Stesen LRT Bangsar dan juga Hab Bas Rapid KL di Menara UOA, Bangsar termasuk mencuba sendiri ruang OKU dalam bas Rapid KL.