MEDIA RELEASES
PIES SELAMATKAN NYAWA WANITA MENGANDUNG
Thursday 19 April 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 19 April – Sistem PIES (Platform Intrusion Emergency Stop) yang dipasang di platform stesen LRT Laluan Kelana Jaya telah menyelamatkan nyawa seorang wanita mengandung yang terjatuh ke atas trek di stesen LRT Damai pagi tadi.
1

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.48 pagi tadi, seorang wanita yang berusia 26 tahun sedang menunggu tren untuk ke tempat kerja. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa dalam keadaan tidak stabil dan tiba-tiba terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform.

Sistem PIES bertindak memberhentikan tren yang sedang menghampiri platform secara serta merta apabila ia mengesan ada “objek” yang terjatuh ke atas trek.

Sejurus selepas kejadian, Polis Bantuan Prasarana bersama pegawai operasi stesen bertindak mengarahkan semua penumpang untuk mengosongkan platform bagi menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. 

Pasukan penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ambulans yang tiba di lokasi sejurus kemudian, telah mengambil masa kira-kira 7 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa diiringi pegawai Rapid KL dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut.

Sistem LRT Laluan Kelana Jaya pulih seperti sediakala pada jam 8.15 pagi setelah kira-kira 25 minit mengalami kelewatan jadual perjalanan.

Bagi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, kerja-kerja pemasangan PIES sedang dijalankan dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Kami amat bersyukur kerana sistem keselamatan yang terdapat pada tren dan stesen berfungsi dengan baik sekali. Sistem PIES ini direka dan dipasang di kebanyakan sistem rel bandar di serata dunia bagi mengesan sebarang objek atau gangguan pada sistem trek,” tambah Khairani lagi.

Kami juga bersyukur dengan tindakan pantas dan profesional petugas RapidKL bersama agensi penyelamat dalam mengendalikan situasi cemas berkat latihan amal kecemasan yang dibuat secara berkala bersama agensi penyelamat dan kecemasan.

3
Mangsa diiringi pegawai Rapid KL dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut.
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup