MEDIA RELEASES
Pertunjukan Fesyen Unik Dalam Koc LRT 
Thursday 27 September 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 27 September - Mungkin kebetulan; namun tetap penuh pengertian. Laluan LRT Kelana Jaya, yang meraikan ulangtahun ke 20 pada September ini, bagaikan menandakan bulan keramat itu dengan mengadakan pertunjukan fesyen di ruang koc LRT yang bergerak.
1

Bermula pada pukul 8 malam tadi dari stesen LRT Kelana Jaya sebelum bertukar ke laluan MRT di stesen integrasi Pasar Seni untuk ke stesen MRT Bukit Bintang, peragaan fesyen koleksi Pestle and Mortar Clothing dianjur bersama oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), perkhidmatan kereta sewa SOCAR dan Touch ‘n Go eWallet.

Enam belas model mengambil giliran masing-masing memperagakan koleksi terbaru musim luruh/ musim sejuk Pestle and Mortar Clothing secara eksklusif kepada 150 jemputan khas, yang hadir untuk meraikan pelancaran kempen #MultiflexFriday, yang bertujuan untuk menyuntik keceriaan kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Daripada Stesen MRT Pasar Seni, para jemputan dibawa pertunjukan penuh yang diadakan di Lot10, Bukit Bintang.

Majlis pelancaran berkenaan memperlihatkan kemudahan untuk bergerak di kotaraya dengan bersandarkan kepada perkhidmatan Prasarana, SOCAR dan Touch ‘n Go, yang bersama-sama giat mempromosi penggunaan pengangkutan awam urban di bandaraya Kuala Lumpur untuk menghadiri apa jua jenis majlis dan acara.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup