On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PERKHIDMATAN REL DAN BAS PRASARANA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
Tuesday, 12 January 2021

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Perkhidmatan rel urban dan bas henti-henti kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan tetap beroperasi daripada pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan mulai esok.

1

Ini termasuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang dan Seberang Prai, Rapid Kamunting di bandar Taiping, Perak; dan Rapid Kuantan di Pahang.

Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan beroperasi seperti jadual sedia dengan masa menunggu antara 2.8 dan 7 minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.

“Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan norma baharu ketika menggunakan pengangkutan awam.

Kami menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana hari ini.

Para pengguna Rapid KL digalakkan aplikasi PULSE untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup