MEDIA RELEASES
PENGGUNAAN PAS MYRAPID BUS 30 DITAMATKAN 31 DISEMBER
Monday 26 November 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 26 November – Selaras dengan langkah memperkenalkan kad  perjalanan tanpa had MY50, Rapid Bus mengumumkan langkah untuk menamatkan penggunaan MYRAPID BUS 30 pada akhir tahun ini.
1

Dengan penamatan itu, penjualan produk MYRAPID BUS 30, yang merupakan  pakej penjimatan untuk menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL di sekitar  Kuala Lumpur dan Selangor, akan ditamatkan; dengan tarikh akhir penjualan ditetapkan pada 30 November 2018. 

Menurut statistik, terdapat seramai 2,141 atau 1.2% penumpang yang  menggunakan pas MYRAPID BUS 30 daripada jumlah keseluruhan pengguna bas  RapidKL yang berjumlah 183,361. 

Mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan media hari ini, Rapid Bus –  sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – berkata produk  MYRAPID BUS 30, yang dijual di stesen-stesen LRT, MRT dan monorel, hanya boleh digunakan oleh pengguna sehingga 31 Disember 2018. 

“Produk MYRAPID BUS 30 ini akan diganti dengan produk pas bulanan baru,  MY50, yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Produk ini, bagaimanapun, hanya boleh dibeli dan digunapakai oleh pengguna pemegang kad MyKad dan MyTentera saja. 

“Bagi pengguna yang bukan pemegang kad MyKad (bukan warga negara Malaysia), pengguna tersebut boleh menikmati diskaun sebanyak 20% dengan menggunakan kad TnG atau membayar tambang penuh secara tunai kepada pemandu bas,” kata kenyataan media itu. 

Insentif kad perjalanan MY50, yang memberikan perjalanan tanpa had selama  30 hari dengan bayaran RM50 untuk semua perkhidmatan bas Rapid KL kecuali Bas Rapid Transit (BRT) – Laluan Sunway telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2019 bersama-sama dengan kad MY100, yang memberikan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL – bas, LRT, MRT, monorel dan BRT, dengan bayaran RM100. 

Dijadualkan untuk dilancarkan bulan depan, penggunaan kad MY100 dan MY50  bakal bermula pada 1 Januari depan.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup